Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
254) KAEDAH KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 1 KE SEKOLAH DI BAWAH PENGURUSAN JAIS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengapakah kemasukkan ke MITS, Sekolah Agama Menengah Muhamadiyyah dan SAMBEST perlu diadakan ujian yang berbeza beza dan berlainan tempat?
Permohonan yang diterima adalah melebihi tawaran.Sebanyak 4,576 orang murid telah memohon berbanding tempat yang ditawarkan adalah 594 orang sahaja. Nisbah kekosongan adalah 1:7 berdasarkan jumlah permohonan. Sehubungan itu, murid-murid yang benar-benar layak sahaja dipilih melalui pelbagai kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan. Lokasi berlainan tempat adalah untuk memudahkan ibu bapa dan murid yang berada di daerah tersebut menghadiri ujian.
-
Apakah JAIS tidak mempunyai kaedah pemilihan yang lebih sistematik dan memudahkan penjaga dan pelajar?
Setakat ini kaedah pemilihan adalah yang sepertimana amalan yang berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).