Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

228) KADAR VAKSINASI COVID-19 NEGERI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kadar vaksinasi terkini di Selangor mengikut pecahan DUN & warganegara / asing? Selain itu, sila terangkan definasi kadar.

    Peratusan kadar vaksinasi mengikut daerah sehingga 5 November 2021:

    DAERAH ANGGARAN POPULASI

    (REMAJA & DEWASA)

    (A)

    BIL DIVAKSINASI DOS 1

    (B)

    PERATUS VAKSINASI

    (C)

    = B/A X100%

    GOMBAK 687,200 304,422 44.3%**
    HULU LANGAT 1,156,200 1,083,147 93.7%
    HULU SELANGOR 185,700 143,772 77.4%*
    KLANG 850,000 633,940 74.6%*
    KUALA LANGAT 212,200 220,417 103.9%
    KUALA SELANGOR 206,800 235,517 113.9%
    PETALING 1,804,600 1,656,194 91.8%
    SABAK BERNAM 108,100 102,215 94.6%
    SEPANG 202,300 351,515 173.8%
    JUMLAH 5,413,100 4,731,139 87.4%

    *Tiada data terkini mengikut alamat residensi vaccinee mengikut PKD. Data vaksinasi adalah mengikut PPV.

    **Bagi daerah Gombak, berkemungkinan besar vaccinee mengambil vaksin di PPV Kuala Lumpur yang berhampiran

     

     

  2. Apakah punca peratusan yang masih belum divaksin?

    Punca peratusan yang masih belum divaksin:

    • Golongan yang mempunyai alahan kepada vaksin atau mempunyai kontraindikasi terhadap vaksin seperti pernah mengalami sejarah alahan yang teruk atau sistem imun yang lemah
    • Kumpulan yang menolak vaksin.
  3. Adakah Kerajaan Selangor mempunyai punca kuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang enggan mendapatkan vaksin?

    Kerajaan Negeri Selangor mengguna pakai Pekeliling Perkhidmatan  Bilangan 4 Tahun 2021 – Dasar Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 Bagi         Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan sebagai punca kuasa untuk        mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang anti vaksin.

    Merujuk kepada Para 4, Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2021:

     

    “4.   Seseorang pegawai adalah tertakluk kepada syarat-syarat perhidmatan selaras dengan Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan. Pegawai juga adalah tertakluk dan terikat dengan Surat Aku Janji yang ditandatangani oleh pegawai apabila dilantik ke dalam perkhidmatan awam Persekutuan di bawah subperaturan 20(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) dan hendaklah mematuhi antara lain, apa-apa pekeliling, surat pekeliling, peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam.”

Lampiran

Tiada Lampiran.