Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
55) KADAR TAKSIRAN CUKAI PINTU
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sebahagian daripada PBT menggunakan kadar taksiran cukai pintu puluhan tahun ke belakang. Misalnya MPKJ menggunakan kadar taksiran tahun 1985. Bilakah Kerajaan Negeri akan membuat taksiran semula agar satu kadar cukai pintu yang lebih semasa diguna pakai oleh PBT yang berkenaan?
Bermula tahun 2020, Kerajaan Negeri melalui MMKN Ke 4/2020 pada 29 Januari 2020 telah bersetuju agar semua PBT Negeri Selangor melaksanakan penyediaan senarai nilaian baharu bagi tujuan penilaian semula cukai taksiran bagi mengimbangi perbelanjaan PBT yang makin meningkat. Selaras dengan keputusan tersebut, semua PBT telah memulakan penilaian semula cukai taksiran mengikut proses/ kaedah yang ditetapkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebelum membentangkan semula untuk pengesahan Kerajaan Negeri. Atas faktor pandemik Covid 19, bagi memastikan rakyat Selangor tidak bertambah beban, Kerajaan Negeri Selangor tidak berhasrat untuk kuatkuasa kadar cukai taksiran yang baharu buat masa kini.