Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

276) KADAR SEWA RUMAH PPR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kadar sewa sebenar perumahan PPR mengikut PBT?

    Kadar sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    Bil. PPR PBT Kadar Sewa
    1. PPR Taman Putra Damai, Lembah Subang 1 MBPJ RM250
    2. PPR Kota Damansara MBPJ RM250
    3. PPR Kg. Baru Hicom MBSA RM250
    4. PPR Taman Tasik Teratai, Serendah MDHS RM124
  2. Apakah asas pertimbangan sebelum keputusan kenaikan kadar sewa perumahan PPR dibuat?

    Untuk makluman Yang Berhormat, kenaikan kadar sewa PPR dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor, antaranya adalah seperti berikut:

    • Kerajaan Negeri telah mengkaji pasaran sewaan semasa rumah dan mendapati jumlah yang dikenakan adalah lingkungan RM500 hingga RM700 sebulan. Sewaan RM124 adalah merupakan kadar yang paling minima dikenakan ke atas penyewa yang layak dengan jumlah pendapatan seisi rumah sebanyak RM1500 dan ke bawah. Walau bagaimanapun bagi penyewa yang mempunyai pendapatan RM1500 hingga RM3000 sebulan dan mempunyai tanggungan lebih daripada 4 orang anak yang berumur 18 tahun ke bawah juga boleh dipertimbangkan untuk kadar sewaan RM124. Selain dari itu, kadar minimum ini juga dipertimbangkan ke atas OKU, ibu tunggal, penerima bantuan zakat dan kebajikan serta mana-mana penyewa yang mengemukakan dokumen sokongan bantuan Kerajaan.
    • Kenaikan kos penyelenggaraan PPR dilihat menjadi satu cabaran kepada Kerajaan Negeri dalam memastikan bangunan PPR berada dalam keadaan baik dan harmoni. Kos membaik pulih yang dilaksanakan di luar penjadualan penyelenggaraan kerap dilakukan memandangkan terdapat peningkatan terhadap vandalisme dan kerosakan bangunan. Peningkatan kadar sewa kepada RM250 adalah diharap dapat menampung kos sedia ada selain dari mendidik masyarakat dan penduduk PPR untuk lebih bertanggungjawab dan menghargai kemudahan bersama. Kerajaan Negeri percaya kemudahan yang ada ini akan dijaga dan diberi penjagaan sebaiknya bagi melahirkan sebuah komuniti yang berdaya saing.

Lampiran

Tiada Lampiran.