Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
132) KADAR SEWA PETAK PASAR PAGI DAN PASAR MALAM
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kadar sewa bagi petak pasar pagi dan pasar malam dinaikkan oleh PBT ?
Bagi menjawab Soalan A, B dan C , Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa terdapat
perbezaan kadar sewa petak pasar pagi dan pasar malam di antara Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT). Berdasarkan perbincangan yang telah dibuat, kadar RM 4 didapati paling
munasabah bagi menampung kos operasi dan pengurusan PBT untuk tapak pasar. Oleh
kerana itu, penyeragaman kadar sewa ini dilaksanakan secara menyeluruh. Sememangnya
akan ada kawasan yang mengalami penurunan dan ada kawasan yang mengalami
kenaikan. Tujuan utama penyeragaman ini adalah untuk mengelakkan sebarang
penyelewengan seperti penyewaan caj tapak yang tinggi, dengan adanya satu kadar, ia
akan memudahkan para peniaga untuk mengurus perniagaan masing-masing. Y.B
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan telah mengeluarkan arahan kepada
semua PBT agar tidak mengenakan caj-caj lain atau membenarkan pihak ketiga untuk
membuat sebarang kutipan bayaran terhadap peniaga pasar pagi dan pasar malam. -
Jika ia, kenapa ?
Sama seperti di SUB(a)
-
Jika tidak, kenapa para penjaja dan peniaga pasar pagi dan pasar malam sering membuat sungutan terhadap perkara ini ?
Sama seperti di SUB(a)