Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

205) KADAR PERCERAIAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah kadar perceraian di kalangan pasangan muda khususnya mengikut pecahan kaum sejak 5 tahun yang lalu ?

    1. Jumlah kadar perceraian di kalangan masyarakat Islam sejak lima (5) tahun yang lalu adalah seperti berikut :-

     

    TAHUN 2005 2006 2007 2008 2009
    Masyarakat Islam 3,030 3,421 3,685 4,069 2,247

     

     

     

    STATISTIK KADAR PERCERAIAN PASANGAN MUDA* MENGIKUT KAUM

     

     

    KAUM

     

     

    TAHUN

     

    CINA

     

    INDIA

     

    LAIN-LAIN

    2005 321 151 17
    2006 388 183 19
    2007 483 231 30
    2008 525 254 49
    2009 577 267 46
    *PASANGAN MUDA ADALAH DALAM LINGKUNGAN UMUR 20-30 TAHUN
  2. Sila nyatakan apakah faktor utama yang menyebabkan kecenderungan kadar penceraian semakin tinggi dan berleluasa di kalangan masyarakat sejak mutakhir ini ?

    1. Di antara  faktor  utama  yang  menyebabkan  kadar  perceraian  semakin  tinggi     adalah seperti berikut ;
      • Disebabkan ketidaksefahaman antara pasangan (irreconcilable differences)

     

    • Jahil tentang ilmu perkahwinan yakni tidak tahu akan tanggungjawab sebenar suami isteri

     

    • Kesibukan pasangan masing-masing menyebabkan tanggungjawab sebagai suami dan isteri sering diketepikan. justeru itu, kurang masa kualiti bersama- sama.

     

    • Gaya hidup moden yang menjurus kepada permasalahan sosial seperti suami atau isteri yang terjerumus dalam kancah hubungan sulit

     

    • Tidak berterus terang dan menyembunyikan tentang masa silam

     

    • Gagal memahami dan menghargai pasangan dan membawa kepada permasalahan komunikasi antara pasangan

     

    • Gagal memenuhi tuntutan batin pasangan

     

    • Perkahwinan yang diaturkan oleh agensi mencari jodoh yang selalunya dengan pasangan warga asing akan berakhir dengan perceraian kerana pasangan tersebut akan lari pulang ke negara

     

    • Menyembunyikan sifat /sikap sebenar pasangan sebelum dan selepas perkahwinan

     

    • Sifat cemburu yang keterlaluan

     

    Agensi atau badan yang bertanggungjawab dan lebih arif tentang soalan  ini  adalah badan pendamai perkahwinan atau tribunal perkahwinan. oleh itu, untuk mendapat jawapan yang lebih tepat adalah disarankan soalan ini diajukan  kepada  tribunal  tersebut.

  3. Sila nyatakan apakah bentuk bantuan dan bimbingan yang bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi meminimumkan masalah tersebut ?

    1. JAIS telah melaksanakan perkhidmatan runding cara dan khidmat nasihat terhadap pasangan yang menghadapi krisis rumah tangga. Di samping itu juga beberapa program telah dilaksanakan seperti mewujudkan Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) dan Pusat Pembangunan Sosial (PPS) untuk membantu masyarakat yang mengalami masalah kekeluargaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.