Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
100) KADAR PENGANGGURAN DI SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kadar pengangguran yang berlaku di negeri Selangor?
Daripada Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia dan Sosial, Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan, kadar pengangguran di Negeri Selangor adalah 2.3 peratus pada tahun 2012 dengan jumlah 66,000 orang.
-
Nyatakan statistik pencapaian graduan-graduan IPT di bawah kerajaan negeri yang berjaya mendapat pekerjaan?
Di bawah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai 2 institusi, iaitu Universiti Selangor dan INPENS College International. Statistik pencapaian graduangraduan IPT di atas adalah seperti berikut:
Universiti Selangor
Sesi Konvokesyen Pelajar yang Bekerja Menyambung Pengajian Jumlah Graduan November 2010 1373 480 2871 Oktober 2011 2066 513 3544 Mac 2012 59 107 219 Oktober 2012 1036 271 1838 Mac 2013 86 147 345 Jumlah Keseluruhan 4620 1518 8817 INPENS International College
Sesi Konvokesyen Pelajar yang Bekerja Menyambung Pengajian Jumlah Responden 2008 544 221 850 2009 603 245 941 2010 630 256 983 2011 586 238 915 2012 620 252 969 2013 336 137 525 Jumlah Keseluruhan 3319 1349 5183