Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

3) KADAR PENGANGGURAN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kadar pengangguran terkini di Negeri Selangor?

    Berdasarkan statistik tenaga buruh terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi suku keempat 2021, bilangan penganggur di negeri Selangor adalah seramai 105,300 orang. Bilangan ini berkurang 0.7 peratus berbanding bilangan yang dicatatkan pada suku ketiga 2021. Kadar pengangguran di negeri Selangor pada suku keempat 2021 ini adalah 2.9 peratus, berbanding 3.6 peratus pada suku sebelumnya di mana data ini menunjukkan trend positif penurunan kadar pengangguran. Maklumat terperinci bilangan penganggur dan kadar pengangguran di Selangor adalah seperti jadual di bawah:

     

  2. Bagaimanakah sambutan dan kejayaan program Jelajah Selangor Bekerja 2021 yang lalu?

    Pelaksanaan Program Jelajah Selangor Bekerja ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Selangor dalam menyediakan platform serta ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan bagi mengatasi kadar pengangguran di Selangor berikutan kadar kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik covid-19.

    Sebanyak enam (6) siri Karnival Kerjaya – Selangor Bekerja telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2021 di lima (5) lokasi berbeza iaitu Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu, Hulu Langat dan Sungai Buluh. Penganjuran program ini telah menyediakan peluang dan maklumat pekerjaan kepada masyarakat di daerah dan kawasan sekitar yang berdekatan khususnya bagi golongan belia bertujuan untuk memudahkan pencari kerja hadir ke program tersebut.

    Kehadiran pencari kerja yang berdaftar adalah seramai 2,726 orang di mana ia dilaksanakan mengikut keluasan tempat dan mematuhi secara ketat Tatacara Pengendalian Piawaian (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jumlah yang berjaya dalam sesi temuduga dan mendapat pekerjaan adalah seperti Jadual 1 berikut:

    Jadual 1: Pencapaian Program Jelajah Selangor Bekerja 2021

    Pada tahun 2022, program Selangor Bekerja ini akan diteruskan dalam skala Mega yang akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada pencari kerja di Negeri Selangor dengan sasaran 25,000 peluang pekerjaan ditawarkan.

     

  3. Berapakah jumlah pengunjung serta yang berjaya mendapat pekerjaan daripada program?

    Jawapan adalah sama seperti di (b)

Lampiran

Tiada Lampiran.