Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

237) KADAR PENGANGGURAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pengangguran di Selangor dari tahun 2014-2016?

    Statistik kadar pengangguran diperolehi daripada Penyiasatan Tenaga Buruh (PTB) dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dengan merujuk kepada penduduk yang berumur 15 hingga 64 tahun semasa minggu rujukan. Penyiasatan ini dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan antarabangsa iaitu International Labour Organisation (ILO) yang diguna pakai oleh kebanyakan negara

    Berdasarkan maklumat tersebut, bilangan penganggur dan kadar pengangguran 2014, 2015, separuh tahun pertama 2015 (H1/2015) dan separuh tahun pertama 2016 (H1/2016) di Negeri Selangor adalah seperti berikut :

    Tempoh Bilangan penganggur

    (‘000)

    Kadar pengangguran

    (%)

    2014 62.4 2.0
    2015 77.9 2.4
    H1/2015 73.9 2.3
    H1/2016 103.7 3.2

     

  2. Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk menurunkan jumlah pengangguran?

    Kerajaan Negeri telah memainkan peranan secara proaktif dalam usaha untuk menurunkan jumlah pengangguran. Antara peranan dan inisiatif yang telah dilaksanakan ialah dengan mengadakan program-program dan latihan berikut :

    • Program Karnival Kerjaya (Selangor Job Fair 2016) kerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja Selangor (JTK) dan Job Malaysia iaitu sebuah program yang memberi peluang untuk warga Selangor bagi mendapatkan pekerjaan. Program yang dilaksanakan pada tahun 2016 telah berjaya melibatkan bilangan pengunjung seramai 21,012
    • Menyediakan pendidikan kemahiran dan vokasional secara percuma di Kolej INPENS bagi belia yang ingin meneruskan pembelajaran tanpa mempunyai latar belakang pendidikan
    • Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) iaitu sebuah program latihan keusahawanan dalam bidang Mobile SPA, Penyelenggaraan Penyaman Udara, Penternakan, Bakeri, Percetakan Segera, Jahitan Pakaian, Penjagaan Awal Kanak-Kanak, Makanan Ringan (cendul dan laksa), Penyelenggaraan Penyaman Udara, Mutawwif, Rawatan Wanita Selepas Bersalin dan Jurubekam Klinikal Bertauliah. Program ini yang diberikan secara percuma merangkumi beberapa kategori iaitu belia, suri rumah, pesara dan ibu tunggal.
    • Program Strategi Peningkatan Kemahiran Belia atau Youth Enhancement Strategy Selangor (YES) yang memberi fokus kepada belia yang tidak mempunyai akademik cemerlang untuk menjalani latihan di Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu seterusnya membolehkan mereka mendapat pekerjaan selepas tamat
    • Program Graduate Employability and Enhancement Selangor (PROGRES) adalah sebuah program yang diperkenalkan pada tahun 2016 untuk memberi peluang kepada belia-belia yang masih belum mendapat pekerjaan untuk menjalani latihan meningkatkan kemahiran kebolehpasaran belia khususnya di Selangor termasuk penempatan di syarikat-syarikat terpilih.
  3. Bagaimana Kerajaan Negeri mengendalikan kes-kes jenayah yang berpunca dari pengangguran?

    Di samping itu, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor juga turut berusaha mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan menarik pelabur dari dalam dan luar negara untuk membuat pelaburan di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.