Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

169) KADAR PENGANGGURAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kadar pengangguran di Selangor dari 2016-201

    Merujuk kepada data terkini (Jadual 2: Kadar Pengangguran Mengikut Negeri, 2016 dan 2017) yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Selangor telah mencatat kadar pengangguran sebanyak 3.2% pada tahun 2016. Manakala pada tahun 2017, kadar pengangguran di Selangor telah menurun kepada 2.8%.

    Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif dalam menv

  2. Senaraikan tindakan dan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menurunkan kadar tersebut

    1. Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif dalam menganjurkan program – program tersebut bagi mengurangkan kadar pengangguran di Selangor seperti berikut:

     

                         i.      Karnival Kerjaya – Selangor Job Fair

    Program Karnival Kerjaya (Selangor Job Fair) adalah hasil kerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja Selangor (JTK) dan Job Malaysia yang telah memberi peluang kepada rakyat Selangor bagi mendapatkan pekerjaan. Program ini telah dilaksanakan sebanyak tiga (3) siri di lokasi berbeza sepanjang tahun 2017 dan telah berjaya melibatkan jumlah pengunjung seramai 3,416 orang dengan menawarkan sebanyak 5,782 kekosongan jawatan. Kesan dari pelaksanaan program ini, seramai 847 orang telah berjaya mendapat pekerjaan pada hari tersebut.

     

                        ii.      Pendidikan Kemahiran dan Vokasional Percuma

    Menyediakan pendidikan kemahiran dan vokasional secara percuma di Kolej INPENS bagi belia yang kurang berkemampuan tetapi masih ingin meneruskan pembelajaran tanpa mempunyai latar belakang pendidikan cemerlang.

     

                      iii.      Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS)

    Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) adalah sebuah program latihan keusahawanan dalam melalui kursus dalam bidang –  bidang seperti berikut:

     

    • Kursus Keusahawanan Penternakan (Ruminan & Unggas)
    • Kursus Pemantapan Pemantauan Keusahawanan
    • Kursus Percetakan Segera Pentauliahan Sijil SKM Tahap 3: Peserta Urutan Selepas Bersalin
    • Kursus Keusahawanan Penternakan
    • (Makanan ternakan dan Rancangan Perniagaan)
    • Kursus Soft Skills Usahawan Penternakan & Pengurusan Kewangan (Online)
    • Kursus Keusahawanan Penternakan (Sembelihan Halal & Penyediaan Makanan (BBQ)
    • Mobile Service Aircond
    • Cuci Kasut
    • Mobile Barber
    • Ayam Gunting
    • Terapi Bekam
    • Bakery
    • Mobile Spa
    • Dekorasi Pelamin
    • Kiosk Sate

     

    Program ini yang diberikan secara percuma merangkumi beberapa kategori iaitu belia, suri rumah, pesara dan ibu tunggal. Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri Selangor telah memberi peruntukan sebanyak RM920,000.00 bagi pelaksanaan program ini.

     

    1. Program Graduate Employability and Enhancement Selangor

    (PROGRES)

    Program Graduate Employability and Enhancement Selangor (PROGRES) adalah sebuah program yang diperkenalkan pada tahun 2016 untuk memberi peluang kepada belia-belia yang masih belum mendapat pekerjaan untuk menjalani latihan meningkatkan kemahiran kebolehpasaran belia khususnya di Selangor termasuk penempatan di syarikat-syarikat terpilih.

     

    v.      Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor(IKTISASS)

    Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS) telah diperkenalkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sewaktu Belanjawan 2018 Negeri Selangor. Program IKTISASS ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada belia untuk memantapkan kemahiran teknikal bagi menjamin kebolehpasaran belia dalam industri dan membantu mengurangkan kadar pengangguran di negeri Selangor. Terdapat sembilan (9) institusi yang terlibat dalam pelaksanaan IKTISASS seperti berikut:

     

     

    INSTITUSI

     

    KURSUS YANG DITAWARKAN

     

    Selangor                 Human

    Resource Development

    Center (SHRDC)

     

    –       Kategori Belia Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

    –       Program Internship for High Impact

    Talent (i-HIT)

    –       SMART Technical Workforce

    –       Skim Perantis Meister Selangor

    –       MESTI Digital

    –       Selangor Smart SMEs

     

    INSTITUSI

       

    KURSUS YANG DITAWARKAN

     

    Kolej           Antarabangsa INPENS

    Pemasangan       &        Penyelenggaraan

    Elektrik

    Pendawaian Elektrik

      Peralatan Penyaman Udara HVAC
      Automotif– Servis Selepas Jualan

     

     

    Kolej         Antarabangsa

    INTRA

     

    Juru Estetik

    Juruterapi Estetik

    Pembuat Pakaian Wanita

     

    Kolej Teknologi MEA

     

    Seni Reka Grafik Multimedia Animasi
     

    STRAND

    Aerospace

    Industri Berteknologi Tinggi

     

     

    SST And Consultancy Academy Sdn Bhd

    Automotif – Perkhidmatan Servis lepas

    Jualan

    Pendawaian

      Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan

    Pekerjaan (SHO)

     

     

    German-Malaysian

    Institute (GMI)

     

    Diploma in Engineering Technology

    (Mould Technology)

    Diploma in Engineering Technology

    (CNC Precision Technology)

      Diploma in Network Security
      Diploma in Engineering Technology (Industrial Plant Maintenance)
      Diploma in Engineering Technology

    (Autototronics & Hybrid System)

     

     

     

    INSTITUSI

       

    KURSUS YANG DITAWARKAN

     

    Advanced Technology Training Centre

    (ADTEC)

    Diploma         Teknologi      Kejuruteraan Penyelenggaraan Kapal Terbang

    Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik Kuasa

      Diploma                   Teknologi                     :

    Kimpalan/Pembuatan/Jaminan/    Kualiti/

    Penyejukbekuan          &           Penyaman

    Udara/Komputer

     

     

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara

    (IKTBN) Sepang

    Diploma                   Teknologi                     :

    Kimpalan/Pembuatan/Jaminan/    Kualiti/

    Penyejukbekuan          &           Penyaman

    Udara/Komputer

      Diploma Teknologi Elektronik Industri
      Diploma Teknologi Elektronik Industri

     

  3. Nyatakan perbandingan kadar pengangguran di Selangor dan negeri-negeri lai

    Merujuk kepada data terkini (Jadual 2: Kadar Pengangguran Mengikut Negeri, 2016 dan 2017) yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Selangor telah mencatat kadar pengangguran sebanyak 3.2% pada tahun 2016 dan 2.8% pada tahun 2017. Ini menunjukkan terdapat penurunan kadar pengangguran sebanyak 0.4% pada tahun 2017.

    Pada tahun 2017, Melaka telah mencatatkan kadar pengangguran terendah sebanyak 1.0% manakala Wilayah Persekutuan Labuan telah mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu sebanyak 8.5%. Kedudukan Selangor di tempat kelapan (3.2%) pada tahun 2016 telah naik ke tempat keempat (2.8%) bersama Kedah dan Negeri Sembilan. Ini menunjukkan inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Selangor telah menunjukkan hasil dan impak yang positif di dalam penurunan kadar pengangguran di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.