Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

82) KADAR PENEMBUSAN SMUE PADA SETIAP KAUM DI SETIAP DAERAH DI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kadar penembusan SMUE mengikut kaum di setiap peringkat Daerah di Selangor dan berapakah bayaran yang telah dibayar kepada pewaris mengikut kaum ?

    Daripada anggaran 236,000 warga emas di Negeri Selangor, Daerah Sabak Bernam
    telah berjaya mendaftarkan jumlah tertinggi dengan kadar penembusan sejumlah 70.5%
    sementara Daerah Petaling adalah yang terendah dengan hanya 39.7% pendaftaran
    sahaja. Pecahan jumlah pendaftaran mengikut kaum dan daerah serta pecahan jumlah
    bayaran adalah sebagaimana senarai yang dilampirkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.