Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

8) KADAR PENCERAIAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah bilangan kes penceraian golongan muda sejak 3 tahun yang lepas mengikut pecahan kaum.

    Jawapan ini adalah khusus untuk kes perceraian di kalangan orang Islam sahaja.

    Jumlah bilangan kes penceraian orang Islam (golongan muda 35 tahun ke bawah) bagi tahun 2014 – 2016 adalah seperti berikut :

    Tahun Bilangan Bercerai (L + P) Bilangan Bercerai

    Lelaki

    Bilangan

    Bercerai Perempuan

    2014 6987 3114 3873
    2015 8341 3832 4509
    2016 8386 3785 4601
  2. Apakah punca utama yang menyebabkan kadar penceraian semakin tinggi?

    Berdasarkan kajian pihak JAKESS, antara faktor perceraian adalah seperti berikut:

    • Tiada persefahaman dalam berkeluarga, keras kepala dan tidak boleh bertolak ansur
    • Isu kewangan
    • Terjerumus dengan maksiat seperti judi, minum arak dan pelacuran
    • Sifat cemburu berlebihan
    • Keengganan berpoligami
    • Keganasan rumah tangga
    • Masalah hubungan seksual
  3. Apakah langkah proaktif yang diambil oleh pihak Kerajaan bagi meminimakan masalah tersebut ?

    1. Perceraian merupakan jalan penyelesaian yang terakhir untuk hubungan rumahtangga yang tidak harmoni. Memilih jalan untuk berpisah adalah lebih baik daripada berterusan dalam hubungan yang mendatangkan mudarat, iaitu yang berbahaya dan berisiko tinggi.

     

    Meskipun begitu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berusaha meminimakan kadar perceraian setiap tahun dengan menganjurkan program-program kekeluargaan secara holistik bermula dari kelahiran, remaja sehingga membina keluarga, antaranya:-

     

    1. Program Modul Keluarga Sakinah
    • Syurga Rumahtangga “ Suamiku Inspirasiku Isteriku Bidadariku”
    • Amanah dalam Rumahtangga
    • Akidah Sejahtera Keluarga Terpelihara
    • Zina : Maksiat Paling Keji Dilaknat Allah
    • Maqasid Syariah Membawa Kebaikan Kepada Keluarga

    2.Program Pembangunan Keluarga, Sosial & Komuniti

    • Perkhidmatan Ibu hamil
    • Perkhidmatan Kemahiran Keibubapaan
    • Perkhidmatan Pendidikan Kanak-Kanak
    • Perkhidmatan Keluarga Bermasalah
    • Pengukuhan Akidah
    • Pembangunan Remaja
    • Perkhidmatan Saudara Baru
    • Perkhidmatan Kejiranan
    • Khidmat Nasihat Awam
    • Program Pasca Perkahwinan
    • Bulan Madu (bagi usia perkahwinan 0 – 5 tahun)
    • Sehati Sejiwa (bagi usia perkahwinan 6 – 10 tahun)
    • Semarak Kasih (bagi usia perkahwinan 11 – 20 tahun)
    • Syurga Cinta (bagi usia perkahwinan 20 tahun ke atas)
    • Program Seminar Keluarga Bahagia
    •  
    • Forum Kekeluargaan (sempena Program Karnival Kampungku Kesayanganku 3K)

Lampiran

Tiada Lampiran.