Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

233) KADAR PASARAN GRADUAN UNISEL

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah terkini graduan UNISEL?

    Jumlah graduan UNISEL dari tahun 2006 hingga 2015 ialah seramai 26,930 orang.

  2. Nyatakan peratusan pelajar yang masih menganggur selepas 6 bulan tamat belajar?

    Ini adalah data yang diperolehi daripada Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tahun 2014 adalah seperti berikut :

    Yang masih menganggur selepas 6 bulan tamat belajar adalah 26.22%. Data untuk tahun 2015 belum keluar lagi.

     

  3. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memasarkan graduan UNISEL?

    Usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk memasarkan graduan UNISEL adalah dengan mengadakan inisiatif berikut :

     

    • Ekspo Kerjaya dan Pameran Fakulti yang akan dianjurkan pada bulan Ogos 2016 di kampus UNISEL Bestari Jaya.Ini membuka peluang kepada para majikan untuk mengadakan pameran dan temuduga setempat;

     

    1. Berkolaborasi dengan industri untuk menghantar pelajar menjalani latihan praktik di anak-anak syarikat kerajaan negeri bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sebaik sahaja mereka tamat pengajian nanti;

     

    • Di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan Sains, Teknologi dan Inovasi bekerjasama dengan Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) menyediakan tempat praktikal pelajar di industri dan berpeluang untuk bekerja di industri selepas tamat tempoh praktikal di sesebuah syarikat; dan

     

    • Melaksanakan Program Jom Kerja iaitu program tahunan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri untuk semua belia yang belum dan ingin mencari peluang

Lampiran

Tiada Lampiran.