Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

210) KADAR LIPUTAN INTERNET

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kadar liputan internet di Negeri Selangor mengikut pecahan PBT?

    Berdasarkan data daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), kadar capaian internet untuk keseluruhan Negeri Selangor meningkat dari tahun ke tahun. Ini menunjukkan usaha-usaha kerajaan negeri bagi meningkatkan capaian internet ke seluruh negeri Selangor berhasil dengan memberikan perkhidmatan WiFi Selangorku.

    SKMM tidak mempunyai data pecahan mengikut PBT di negeri Selangor. Namun begitu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh pihak SKMM, Negeri Selangor telah melepasi sasaran penembusan jalur lebar di peringkat nasional iaitu 75% penembusan pada tahun 2015.

    Jadual di bawah menunjukkan peningkatan kadar penembusan jalur lebar di Negeri Selangor dari tahun 2008 sehingga 2015

    Tahun Kadar Penembusan (%)
    2008 33.2
    2009 49.1
    2010 67.3
    2011 74.8
    2012 77.6
    2013 78.1
    2014 76.2

    *Sumber daripada Communications & Multimedia Pocket Book Of Statistic Q4 2014(SKMM)

  2. Apakah langkah-langkah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kadar dan kelajuan liputan internet bagi memudahkan urusan rakyat?

    Kerajaan Negeri melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) sedang berusaha untuk meningkatkan lagi perkhidmatan WiFi Selangorku dengan pelaksanaan 2,500 lokasi hotspot WiFi di seluruh Negeri Selangor. Pelaksanaan ini akan mengambil kira kawasan luar bandar, namun pada peringkat permulaan ini, sebanyak 300 lokasi hotspot wifi akan dilaksanakan di Pentadbiran Pejabat dan Penyelaras DUN, Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor serta Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor bermula 1 April 2015.

  3. Agensi manakah yang bertanggungjawab untuk memantau dan merancang kadar liputan internet?

    Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) merupakan agensi yang memantau serta menetapkan sasaran penembusan jalur lebar di Malaysia. SKMM telah menyasarkan 75% penembusan jalur lebar di peringkat nasional pada tahun 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.