Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
63) KADAR JENAYAH
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kadar jenayah di Negeri Selangor semakin meningkat. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membendung peningkatan tersebut?
Kerajaan Selangor sentiasa berusaha membendung kadar jenayah dan gejala sosial yang berlaku. Antara rancangan dan usaha kerajaan negeri untuk membendung peningkatan kadar jenayah ini adalah dengan mengadakan kerjasama bersama pihak Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dalam melaksanakan beberapa program seperti berikut:
i. Kor Kadet Polis
Membentuk masyarakat khususnya golongan remaja agar berdisiplin, mematuhi undang-undang, memiliki semangat patriotik dan bertanggungjawab dalam hal-hal keselamatan di sekolah khususnya dan dalam kehidupannya secara amnya.
ii. Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS)
Memberikan latihan dan pendedahan kepada warga siswa-siswi mengenai tugas-tugas kepolisan dan penguatkuasaan undang-undang bagi menimbulkan kesedaran tentang tanggungjawab bersama dalam pencegahan jenayah untuk mewujudkan persekitaran kampus yang selamat dan bebas jenayah.
iii. Coordinating Volunteerism Through Community Policing
Melalui program ini, PDRM mengambil pendekatan pencegahan jenayah dengan mengadakan ceramah berkaitan jenayah-jenayah seksual dan lain-lain jenayah, dialog, riadah dan gotong-royong. Aktiviti ini membantu menarik minat lebih ramai golongan muda untuk bercampur dengan masyarakat dan seterusnya dapat mengelakkan mereka daripada membuat aktiviti yang boleh menyumbang kepada gejala sosial.
iv. Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)
PPS ini telah dilantik dari semua peringkat sekolah menengah dan rendah di seluruh negara. PPS sentiasa membuat lawatan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan ke sekolah di bawah seliaannya dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam semua aktiviti yang dijalankan di sekolah. Hal ini termasuklah memberi kefahaman tentang tanggung jawab murid-murid sebagai seorang ahli masyarakat dalam menjaga keselamatan harta benda sendiri dan awam, mencegah murid-murid daripada terlibat dengan gejala yang jenayah dan tidak sihat, menanam kesedaran, membina kesusilaan dan menjadi rujukan kepada pihak sekolah berkaitan salah laku jenayah di kalangan pelajar.
v. Pemantauan dan operasi berkala oleh PDRM
Pihak PDRM juga di bawah Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Multi-Purpose Vehicle (MPV) sentiasa membuat pemantauan di kawasan-kawasan yang kerap berlaku jenayah atau hotspot. Pihak polis juga kerap membuat operasi-operasi secara berkala dalam skala besar seperti mengadakan operasi cantas dan mengambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah ke atas individu dan kumpulan yang mendalangi dalam kegiatan jenayah.
Pihak PDRM juga sentiasa proaktif dalam membendung kes jenayah terutama kes-kes yang menimbulkan keresahan masyarakat iaitu kes rompakan dan pecah rumah yang berlaku di dalam Negeri Selangor.
Selain itu, sebagai alternatif lain dalam membendung peningkatan jenayah dan gejala sosial, Kerajaan Negeri juga memberi fokus kepada perkara berikut:
i. Menyediakan pusat atau rumah pemulihan untuk memberikan perlindungan, bantuan dan bimbingan secara langsung kepada pelatih serta memberi peluang kepada mereka untuk mengubah kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang;
ii. Penyaluran dana berjumlah RM305,000 (tahun 2020 dan 2021) kepada pusat perlindungan dan pemulihan di Selangor bertujuan untuk pelaksanaan program-program pemantapan sahsiah diri dan minda serta menampung keperluan harian pusat-pusat tersebut;
iii. Program Pembentukan Dan Pemantapan Konsep Kendiri Remaja Melibatkan Pelatih Rumah Perlindungan bertujuan untuk memantapkan semangat motivasi dan jati diri remaja dengan penerapan elemen-elemen keagamaan dan kaunseling;
iv. Program Amalan Mengikut Ajaran Rasulullah SAW (AMAR) dan Taklimat Undang-undang Jenayah Syariah yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melibatkan peserta di kalangan remaja;
v. Program Pencegahan Keparahan Sosial yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), bertujuan sebagai langkah pencegahan awal bagi membendung peningkatan masalah gejala sosial dan jenayah yang berlaku dikalangan remaja;
vi. Pelaksanaan program Bual Bicara : Wira Muda Bebas Dadah secara online (webinar) merupakan rancangan bicara santai
sembilan (9) siri program secara atas talian bertujuan untuk menyerlahkan potensi setiap individu generasi muda yang memberi fokus kepada elemen-elemen kreatif dan inovasi, seni / muzik, positif dan insklusiviti.vii. Pelaksanaan Program Selangor Job Fair yang menyediakan peluang pekerjaan kepada pencari kerja, sekaligus dapat mengatasi kadar pengangguran di negeri Selangor yang menjadi salah satu punca berlakunya peningkatan kes jenayah dan masalah sosial.
-
Nyatakan jumlah aktiviti jenayah mengikut daerah dalam Negeri Selangor.
Berikut adalah statistik jenayah indeks yang diperolehi daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor mengikut kawasan dalam Negeri Selangor :
Secara keseluruhan, terdapat penurunan sebanyak 2,519 kes di seluruh Selangor bagi tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya.
-
Nyatakan dengan terpeinci jenis-jenis jenayah yang berlaku mengikut daerah dalam Negeri Selangor.
Maklumat daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, menunjuk statistik jenis jenayah indeks kekerasan dan harta benda mengikut daerah adalah seperti Jadual 1 dan Jadual 2 berikut:
Secara keseluruhan, terdapat penurunan kes jenis-jenis jenayah iaitu bagi jenayah kekerasan dan jenayah harta benda sebanyak 990 kes di seluruh Selangor bagi tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya.