Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

72) KADAR JENAYAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kadar jenayah di Negeri Selangor semakin meningkat. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk membendung peningkatan tersebut?

    Memandangkan kadar jenayah yang tinggi di negeri Selangor berbanding
    dengan negeri-negeri lain, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa
    langkah di dalam menanganigejala tersebut iaitu:-

    i) Pencegahan
    Melaksanakan program pencegahan seperti kempen berkaitan jenayah,
    menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah-sekolah. Pameran
    bergerak dan rondaan sosial secara sukarela.

    ii) Penguatkuasaan
    Melaksanakan program-program operasi Penguatkuasaan Bersepadu
    bersama dengan agensi yang berkaitan seperti PDRM, Jabatan
    Imigresen, RELA, PBT, Pejabat Daerah dan pihak Media. Mereka yang
    terlibat akan ditangkap dan didakwa di mahkamah.

    iii) Hukuman dan Mendakwa
    Mengenakan hukuman yang tegas agar dapat memberi kesedaran
    kepada masyarakatsupaya menjahui aktivitijenayah.

  2. Nyatakan jumlah aktiviti jenayah mengikut daerah dalam Negeri Selangor?

    Jumlah aktiviti jenayah mengikut daerah dalam negeri Selangor bagi tempoh Januari hingga April 2008 ialah :-

    Petaling Jaya : 3661
    Subang Jaya : 3099
    Gombak : 3077
    Klang : 2861
    Ampang Jaya : 2623
    Kajang : 2126
    Shah Alam : 1884
    Kuala Selangor : 463
    Kuala Langat : 456
    Sepang : 417
    Hulu Selangor : 414
    Sabak Bernam : 240

    Jumlah : 21,341

  3. Nyatakan dengan terperinci jenis-jenis jenayah yang berlaku mengikut daerah dalam Negeri Selangor ?

    Jenis-jenisjenayah yang berlaku mengikut daerah dalam negeri Selangor seperti di Lampiran F.