Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
95) KADAR JENAYAH
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil dan cabaran yang dihadapi kerajaan untuk membendung kadar jenayah di Selangor?
Langkah-langkah dalam usaha membantu untuk mengawal kadar jenayah:
- Meningkatkan kehadiran polis/omnipresent di tempat-tempat yang kerap berlaku jenayah. Anggota polis ditempatkan secara statik dan meningkatkan bit, patrol, MPV, rondaan motosikal dan sebagainya.
- Mewujudkan Bali-balai Polis Functional/Komuniti di kawasan-kawasan yang kerap berlakunya jenayah.
- Ops Sepadu
- Bersama dengan agensi lain seperti Imigresen, Majlis Perbandaran Petaling Jaya, JPJ, Rela dan lain agensi membuat pemeriksaan di tempat yang disyaki menjalan kegiatan menyalahi undang-undang serta membuat pemeriksaan ke atas kenderaan yang diubahsuai atau disyaki curi.
- Ops Lejang
- Buat pemeriksaan ke atas workshop tidak berdaftar dan disyaki menjalankan kegiatan melarikan kenderaan untuk dijual.
- Buat pemeriksaan terhadap kenderaan yang disyaki curi atau diperoleh dengan jalan salah.
- Buat rondaan dan intipan di kawasan yang sering berlaku kecurian.
- Ops Dadu
- Buat pemeriksaan di premis-premis yang disyaki ada menjalankan kegiatan judi.
- Mengambil tindakan di bawah undang-undang pencegahan terhadap penganjurnya jika ada cukup bukti untuk menuduhnya.
- Ops Noda
- Buat pemeriksaan di premis-premis yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran.
- Mengambil tindakan di bawah undang-undang pencegahan terhadap menganjurnya jika tidak ada cukup bukti untuk menuduhnya.
- Ops Cantas
- Buat pemeriksaan di tempat-tempat ada kegiatan kongsi gelap dan buat tangkapan jika ada yang terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undangundang.
- Mengambil tindakan di bawah undang-undang pencegahan jika terlibat dan kegiatan kongsi gelap dan tidak boleh dituduh.
- Ops Wanted
- Buat pemeriksaan dan tangkap mereka-mereka yang dikehendaki dan juga di mana waran tangkap telah dikeluarkan terhadap mereka oleh mahkamah kerana tidak hadir bicara.
- Ops Rentap
- Buat rondaan dan pemeriksaan di kawasan-kawasan yang sering berlaku kes ragut dan samun,
- Ops DBKL
- Buat pemeriksaan terhadap suspek seluk saku dan curi ragut di Stesen Bas.
- Buat decoy di dalam bas untuk kesan seluk saku, curi ragut dan samun.
- Ops Rempit
- Pemeriksaan diberi tumpuan kepada remaja dalam kumpulan 6 orang atau lebih yang menggunakan motosikal.
- Untuk kesan mereka yang terlibat dalam kejadian curi ragut, curi motosikal dan lumba haram.
- Pemeriksaan ke atas motosikal mereka jika ada menggunakan peralatan yang dicuri.
- Ops Lusoh
- Pemeriksaan terhadap premis-premis yang menjalankan kegiatan barang lusoh untuk pastikan ia berlesen dan tidak ada membeli barang curi.
- Selain dari menjalankan operasi tersebut tindakan pencegahan juga diambil terhadap mereka yang tidak boleh dituduh di mahkamah kerana tidak cukup bukti di bawah undang-undang seperti Akta Pencegahan Jenayah, Ordinan Darurat, Akta Kediaman Terhad dan lain-lain undang-undang pencegahan.
- Tindakan pencegahan ini dijalankan sepanjang masa. Mesyuarat-mesyuarat pencegahan jenayah diadakan secara berkala bagi membincangkan keberkesanan tindakan pencegahan dan tergempar apabila kadar Indeks sesuatu tempat menunjukkan peningkatan.
-
Adakah kerajaan akan bercadang untuk mengambil alih perkhidmatan pasukan polis di Selangor untuk diletakkan di bawah penguasaan Kerajaan Negeri?
Perkara berkaitan polis adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Polis. Ini adalah diperuntukkan di bawah Fasal 140 (1) Perlembagaan Persekutuan. Suruhanjaya ini mempunyai kuasa mutlak berkaitan pelantikan, pengesahan, kenaikan pangkat, pemindahan dan tindakan tatatertib bagi semua pegawai polis. Kerajaan Negeri tidak mempunyai apa-apa kuasa terhadap pasukan polis.
Selain daripada itu, untuk mengambil alih sesuatu badan penguat kuasa, ia memerlukan kuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan badan penguat kuasa tersebut. Perkara berkaitan polis adalah termasuk dalam perkara keselamatan dalam negeri yang terletak di dalam Butiran 3, Senarai Pertama, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah di dalam Senarai Persekutuan dan bukannya Senarai Negeri. Oleh itu, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan polis.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mengambil alih perkhidmatan pasukan polis di Selangor untuk diletakkan di bawah penguasaan Kerajaan Negeri.