Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
177) KADAR CUKAI PINTU PBT
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan kadar cukai pintu mengikut kategori bangunan mengikut pecahan PBT.
Kadar cukai pintu bangunan di PBT adalah berbeza-beza berikutan nilai haratanah dan kepadatan yang berbeza. Pecahan Kadar Cukai Taksiran mengikut PBT adalah seperti berikut:
BIL PBT Caj Cukai Taksiran (RM) 1. MBSA 2.0% – 7.5% 2. MBPJ 5% – 8.8% 3. MPK 2.2% – 11.5% 4. MPAJ 1.1% – 7.15% 5. MPSJ 2% – 8% 6. MPS 4% – 12% 7. MPKj 2.2% – 11% 8. MPSp 4% – 9.45% 9. MDKL 1% – 14% 10. MDHS 1% – 14% 11. MDKS 6% – 12% BIL PBT Caj Cukai Taksiran (RM) 12. MDSB 7% – 13% -
Senaraikan kenaikan atau perubahan kadar cukai pintu bagi 1990-2017 mengikut kategori bangunan dan pecahan PBT.
Kenaikan atau perubahan cukai taksiran yang terkini adalah di Majlis Bandaraya Shah Alam yang mengguna pakai aras tahun nilaian 2006. Senarai PBT serta tahun aras nilaian yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:
BIL PBT ARAS TAHUN NILAIAN 1. MBSA 2006 2. MBPJ 1992 3. MPK 1993 4. MPAJ 1997 5. MPSJ 1992 & 1996 6. MPS 1992 7. MPKj 1985 8. MPSp 1996 9. MDKL 1987 10. MDKS 1997 11. MDHS 1996 12. MDSB 1986 -
Bagi setiap satu ringgit yang dikutip,apakah pecahan ikut jenis kegunaan hasil yang dikutip oleh PBT?
Tiada pecahan secara spesifik mengikut setiap satu ringgit yang dikutip oleh PBT berikutan ianya disatukan dalam hasil dan dirancang bagi perbelanjaan menyediakan perkhidmatan, yang merangkumi perkhidmatan secara langsung dan tidak langsung seperti berikut:
- Pembangunan kawasan, iaitu dari segi pengindahan bandar, penyediaan dan penjagaan kemudahan awam seperti lampu jalan, pokok, perhentian bas, pasar, jalan di kawasan perumahan, taman- taman permainan, longkang serta lain-lain;
- Pembangunan sosial atau kemudahan awam seperti padang permainan, dewan orang ramai, kompleks sukan serta lain-lain kemudahan kepada rakyat untuk beriadah; dan
- Pembersihan bandar seperti perkhidmatan memungut sampah, pengawalan nyamuk atau penyakit berjangkit (kawalan vektor), pembersihan kawasan awam dan lain-lain.