Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
124) KADAR CUKAI PINTU NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan kadar cukai pintu untuk kediaman,komersial dan industri untuk kawasan kurang maju dan kawasan maju mengikut pecahan PBT bagi tahun 1995 dan tahun 2011 masing-masing
Berikut disenaraikan Kadar Cukai Taksiran di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor mengikut PBT bagi tahun 1995 dan tahun 2011 seperti dilampirkan di Lampiran A.
-
Apakah jabatan yang bertanggungjawab untuk mengkaji, menilai dan menentukan kadar cukai pintu di Negeri Selangor dan apakah prosedur penentuan kadar cukai pintu?
Kadar cukai taksiran di tentukan berdasarkan keperluan Majlis bagi mengimbangi perbelanjaan sesuatu PBT. Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di setiap PBT bertanggungjawab dalam mengkaji dan menilai sesuatu pegangan dan di luluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri sebelum sesuatu kadar cukai taksiran boleh dilaksanakan selaras dengan Seksyen 127 dan 130 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Penentuan cukai taksiran di kira daripada peratus kadar cukai nilai tahunan didarabkan dengan nilaian tahunan sesuatu pegangan di mana nilaian tahunan adalah kadar sewa kasar setahun yang di terima dari sesuatu pegangan.
-
Apakah kriteria-kriteria yang digunakan untuk menentukan kadar cukai pintu untuk zon industri dan komersial di Negeri Selangor?
Penentuan Kadar Cukai Taksiran bagi zon industri dan komersial di PBT Negeri Selangor adalah berasakan kos operasi yang merangkumi pembersihan, kutipan sampah, penyelenggaraan infrastruktur dan lain-lain kos yang berkaitan bagi mengimbangi perbelanjaan Majlis bagi zon tersebut.