Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

32) KADAR CUKAI PINTU

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kadar cukai pintu yang dikenakan terhadap kawasan industri mengikut PBT di Negeri Selangor daripada tahun 2007-2009?

    Cukai pintu yang dikenakan ke atas sesuatu pegangan adalah berdasarkan
    nilaian tahunan iaitu kadar sewa setahun sesuatu premis dan didarab dengan
    kadar peratusan yang ditentukan oleh PBT. Disebabkan asas nilaian bagi tiaptiap PBT adalah berbeza di mana terdapat PBT yang asas nilaian masih pada
    tahun 1987 dan ada juga pada tahun 1997, jadi terdapat perbezaan kadar yang
    ketara di antara PBT. Jadual di bawah menunjukkan kadar cukai pintu yang
    dikenakan terhadap kawasan industri mengikut PBT di Negeri Selangor :
    TAHUN
    PBT
    2007 2008 2009
    MBSA 7.50% 7.50% 7.50%
    MBPJ 8.80% 8.80% 8.80%
    MPK 3.25% – 11.5% 3.25% – 11.5% 3.25% – 11.5%
    MPAJ 6.5% 6.5% 6.5%
    MPSJ 6% 6% 6%
    MPS 12% 12% 12%
    MPKj 4.4% – 11% 4.4% – 11% 4.4% – 11%
    MPSp 9.45% 9.45% 9.45%
    MDKS 10-12% 10-12% 10%-12%
    MDHS 12% 12% 8%
    MDKL 7.5% – 13% 7.5% – 13% 7.5% – 13%
    MDSB 13% 13% 13%

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan menilai semula kadar cukai pintu yang sedia ada sama ada membebankan rakyat atau tidak?

    Kerajaan Negeri dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 25/2009
    telah bersetuju agar semua PBT di Negeri Selangor menjalankan nilaian semula
    terhadap semua pegangan di Negeri Selangor bagi menilai sama ada kadar
    cukai yang dikenakan semasa membebankan rakyat atau tidak. Arahan penilaian
    semula ini walau bagaimanapun diberi jaminan bahawa tiada kenaikan cukai
    akan dikenakan kepada rakyat.

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan hasil pendapatan PBT selain melalui kutipan cukai pintu?

    Kerajaan Negeri maklum bahawa hasil utama bagi PBT adalah melalui cukai
    pintu, walau bagaimanapun, PBT digalakkan mencari punca hasil lain selain
    daripada melalui cukai taksiran. Antara kaedah yang boleh diambil oleh PBT
    untuk meningkatkan hasil adalah melalui penambahan Hasil Bukan Cukai
    seperti:
    1) Menggalakkan pemberian lesen perniagaan, lesen iklan dan sebagainya;
    2) Mengoptimumkan hasil sewaan premis milik Majlis,
    3) Meningkatkan aktiviti penguatkuasaan seperti mempercepatkan pengeluaran
    notis peringatan bagi kompaun tidak berbayar, mengambil tindakan menunda
    kenderaan yang gagal mematuhi peraturan lalu lintas serta menambahkan
    bilangan pendakwaan terhadap kes-kes kompaun tidak berbayar;
    4) Mengenakan yuran caj pembangunan kepada pemaju apabila projek
    pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan Majlis diluluskan;
    5) menambah hasil kutipan letak kereta dengan menambah petak letak kereta
    di kawasan sedia ada dan melaksanakan kutipan letak kereta di kawasankawasan baru;
    6) mewajibkan jenis-jenis perniagaan seperti woksyop yang perlu menggunakan
    petak letak kereta supaya menyewa petak sewa secara tetap dengan majlis.

Lampiran

Tiada Lampiran.