Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

4) KADAR CAPAIAN INTERNET TERKINI DI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kadar keupayaan jalur lebar internet terkini di kawasan Anjung Utara Selangor?

    Pada suku keempat 2021, kadar keupayaan jalur lebar di kawasan Anjung Utara Selangor iaitu di daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor adalah seperti berikut:

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan kadar capaian internet dalam keadaan memuaskan terutama dikawasan luar bandar?

    Kerajaan Negeri Selangor menerusi program Jendela yang akan dilaksanakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi khususnya di Selangor pada tahun 2022 akan memastikan kadar capaian internet luar bandar memenuhi sasaran inisiatif berikut:
    i) Peluasan capaian perkhidmatan jalur lebar melalui satelit di 5 lokasi di kawasan pedalaman dan terpencil
    ii) Membina 29 lokasi baharu di seluruh Selangor bagi meluaskan liputan 4G di kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman
    iii) Menaiktaraf 2,486 stesen pangkalan sedia ada di kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman
    iv) Menyasarkan capaian gentian optik untuk 115,017 premis

    Selain itu juga, Kerajaan Negeri Selangor bersama penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) sedang meluaskan lagi pembangunan infrastruktur fiber optik di Daerah Sabak Bernam dengan sejumlah kos yang telah diperuntukkan. Ianya sejajar dengan pembangunan perancangan pembangunan ekonomi di Sabak Bernam.

Lampiran

Tiada Lampiran.