Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
81) KADAR BIL UTILITI BAGI PONDOK PENGAWAL
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah kadar bil TNB dan Air Selangor bagi pondok pengawal di kawasan perumahan dikenakan kadar komersial?
Pondok pengawal walaupun berada di dalam kawasan perumahan tetapi tidak digunakan sebagai rumah kediaman
Enakmen Pembekalan Air 1997 melalui Kaedah-Kaedah bekalan Air (Bayaran) (Selangor) (Pindaan) 2006, Jadual Pertama [Kaedah 4] perkara (i) menyatakan bahawa Kod tariff kediaman adalah:
‘mana-mana bangunan atau struktur atau kuarters kerajaan yang digunakan sebagai rumah kediaman persendirian, dengan atau tanpa kolam renang persendirian, di mana air dibekalkan melalui meter individu’.
Sehubungan dengan itu, pondok pengawal dikenakan kadar komersil.
-
Memandangkan pondok pengawal adalah untuk kegunaan keselamatan taman perumahan, bolehkah kadar tersebut ditukar kepada kadar kediaman?
Memandangkan premis tersebut bukan premis kediaman maka kadar komersil digunapakai.