Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
96) KADAR BERHENTI SEKOLAH
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kadar berhenti sekolah di DUN Balakong bagi tahun 2021 dan 2022? Sila nyatakan mengikut jenis sekolah dan senaraikan faktor-faktor penyumbang murid berhenti sekolah.
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) sentiasa komited dan konsisten mengambil pelbagai pendekatan dalam usaha mencegah murid berhenti sekolah sebelum tamat tempoh persekolahan dan murid boleh kembali meneruskan persekolahan. JPNS akan terus melaksanakan pelbagai usaha dan bantuan dalam membendung risiko murid berhenti sekolah. Ini adalah bagi memastikan anak-anak generasi masa depan negara dapat mengikuti sistem persekolahan secara berterusan sehingga tamat tempoh persekolahan. Berikut adalah kadar berhenti sekolah di DUN Balakong mengikut jenis sekolah pada tahun 2021 dan 2022.
Jenis Sekolah Jumlah Sekolah Terlibat Jumlah Murid yang Berhenti Sekolah 2021 (Jan-Dis) 2022(Jan-Dis) SJKC 1 1 0 SK 2 1 2 SMK 5 16 116 Jumlah 8 18 118 0.07% 0.48% Terdapat pelbagai faktor penyumbang murid berhenti sekolah. Antaranya ialah:-
- Masalah keluarga seperti penceraian, penjagaan dan kewangan
- Meninggal dunia
- Bekerja
- Berkahwin
- Kemiskinan dan sara hidup
- Murid Berkeperluan Khas (tiada kemudahan pembelajaran terdekat dan kos sara hidup dan pengangkutan yang tinggi)
- Sakit kronik
- Sukar ke sekolah (jarak, kos dan pengangkutan)
- Tidak berminat ke sekolah (tidak mahu meneruskan persekolahan).