Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
9) KAD PEDULI SIHAT (KATEGORI KHAS)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri masih mengekalkan kategori khas Kad Peduli Sihat?
Untuk makluman Yang Berhormat, kategori khas bagi pemegang Kad Peduli Sihat akan tetap diteruskan sehingga penghujung tahun 2019. Bermula Januari 2020, pemegang Kad Peduli Sihat di bawah kategori khas perlu mengemukakan permohonan melalui DUN mengundi masing-masing untuk melayakkan mereka menikmati faedah Skim Peduli Sihat.