Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
98) KACAU GANGGU DI KAWASAN AWAM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi kacau ganggu yang dilakukan minum arak di tempat awam? Terutamanya di kawasan lapang.
Dalam usaha untuk mengatasi kacau ganggu di tempat awam berlaku, Pihak Berkuasa Tempatan mengambil langkah dengan menjalankan rondaan pemantauan di lokasi-lokasi tempat awam dan jika terdapat berlaku kacau ganggu akibat mabuk, anggota akan melaporkan kepada pihak PDRM untuk tindakan.
Selain itu, pihak kerajaan Negeri juga telah menetapkan satu garis panduan penjualan minuman keras yang diguna pakai di setiap PBT seperti mensyaratkan peniaga meletakkan papan tanda larangan menjual minuman terhadap pembeli di bawah umur 18 tahun dan menetapkan jarak operasi premis perniagaan minuman keras dari rumah ibadat seperti masjid, tokong, kuil pejabat kerajaan, sekolah, hospital serta kawasan perumahan.
-
Adalah kerajaan mempertimbangkan untuk larangan minum arak di tempat awam tengah malam?
Kerajaan tidak pernah mewujudkan peraturan atau larangan untuk meminum arak di tempat awam seperti yang diwujudkan bagi larangan merokok. Jadi ia agak sukar dilaksanakan kecuali ada peruntukan undang-undang yang khusus mengenainya di peringkat persekutuan atau negeri. Walau bagaimanapun, PBT mensyaratkan waktu operasi penjualan minuman keras mengikut waktu yang dibenarkan iaitu sehingga 09:00 malam dan mensyaratkan peniaga untuk memastikan pelanggan tidak minum minuman keras di depan premis dan di tempat terbuka.