Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

23) KACAU GANGGU ANJING LIAR DI KAWASAN AWAM DAN PERUMAHAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu PBT mengatasi masalah ini?

    Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengatasi masalah anjing liar di Negeri Selangor. Pihak Kerajaan Negeri sedang membuat penyelarasan penguatkuasaan ke atas isu anjing liar ini yang melibatkan Jabatan Veterinar, PBT dan NGO yang berkaitan. Kerajaan Negeri memandang serius perkara ini kerana isu ini bukan sahaja melibatkan aspek kebajikan haiwan tersebut tetapi ianya turut juga melibatkan aspek keselamatan terhadap orang awam.

  2. Apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap anjing liar yang telah ditangkap ini?

    Anjing-anjing liar yang ditangkap akan dihantar ke Pusat Perlindungan Anjing untuk disimpan sementara waktu. Anjing-anjing ini boleh diambil untuk dijadikan haiwan peliharaan oleh orang awam. Setakat ini, Negeri Selangor hanya mempunyai 11 buah Pusat Perlindungan Anjing yang hanya boleh menampung 738 ekor anjing sahaja dalam satu-satu masa. Oleh kerana kapasiti pusat perlindungan anjing yang terhad serta kos pengurusan yang tinggi, anjing-anjing liar yang tidak dituntut akan dilupuskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.