Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
128) KABEL KUASA TINGGI
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah polisi kerajaan negeri bagi memastikan bahawa pembinaan kabel kuasa tinggi adalah tidak melalui kawasan perumahan, sekolah dan tempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi bagi memastikan keselamatan penduduk adalah terjamin?
Talian rentis untuk pengaliran kuasa elektrik oleh TNB adalah di atas tanah rizab
untuk talian rentis tersebut. Yang mana, ia merupakan hak TNB mengikut Akta
Bekalan Elektrik 1990. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tetap sebarang
cadangan pembinaan supaya penduduk tidak menerima impak ataupun impak yang
paling minimum. -
Badan manakah (di peringkat kerajaan negeri) yang bertanggungjawab meluluskan sesuatu projek naik taraf kabel kuasa tinggi bagi menjamin keselamatan penduduk setempat?
Sebarang cadangan pembinaan atau naik taraf kabel kuasa tinggi ini akan dibawa
untuk perhatian Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur Dan Kemudahan Awam
yang seterusnya akan diangkat ke Mesyuarat EXCO-MTES untuk pertimbangan dan
kelulusan, dan kemudian untuk mendapatkan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri (MMKN).