Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
13) JURANG KEMISKINAN WARGA EMAS
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat warga emas yang masih bekerja untuk menyara hidup?
Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat mengenai warga emas yang masih bekerja untuk menyara hidup. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan mengumpul data berkaitan menerusi platform digital Skim Mesra Usia Emas yang sedang dibangunkan.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri merancang untuk mengurangkan kemiskinan dalam kalangan warga emas di Negeri Selangor?
Bagi menangani isu kemiskinan dalam kalangan warga emas, Kerajaan Negeri menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS-1) menetapkan inisiatif Selangor Silver Workforce. Inisiatif ini adalah bagi menggalakkan warga emas produktif dan mandiri yang mampu berpartisipasi dalam sektor pekerjaan. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri masih lagi dalam proses merancang pelan tindakan bagi melaksanakan inisiatif RS-1 tersebut untuk pelaksanaan tahun 2025 menerusi Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor.