Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

2) JUMLAH VAKSIN SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila maklumkan jumlah vaksin Sinovac yang masih dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor

    Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan daripada Pandamaran (N47) No.134 (a). Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 28 Februari 2022, jumlah vaksin yang masih dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah sebanyak 63,132 dos daripada jumlah asal iaitu sebanyak 500,000 dos.

  2. Apakah tarikh luput bagi kumpulan-kumpulan (batches) vaksin Sinovac yang masih dimiliki?

    Tarikh luput bagi vaksin Sinovac bagi kumpulan yang masih dimiliki adalah pada bulan Jun 2023

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk vaksin-vaksin ini?

    Bagi memastikan kesemua vaksin yang dimiliki ini digunakan sepenuhnya, Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan program Vaksin Selangor (SelVAX) peringkat Komuniti yang merangkumi pemberian dos penggalak dan juga vaksin kepada golongan kanak-kanak yang berumur 5 tahun (SelVAX Kids)

Lampiran

Tiada Lampiran.