Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
45) JUMLAH TANGKAPAN JAIS
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah tangkapan khalwat yang dicatatkan sepanjang tahun 2011?
Jumlah tangkapan khalwat sepanjang tahun 2011 adalah seramai 1673 orang di mana majoritinya adalah dari peringkat umur 21 hingga 30 tahun.
-
Berapakah jumlah pendakwaan yang dibawa ke mahkamah?
Sebanyak 1860 jumlah pendakwaan yang dibawa ke mahkamah pada tahun 2011 merangkumi semua kesalahan jenayah syariah.
-
Apakah program yang dilaksanakan bagi mengawal masalah ini?
Program yang dijalankan bagi mengawal masalah ini ialah dengan mengadakan penyampaian taklimat pemahaman undang-undang kepada orang awam seperti di sekolah, institut pengajian tinggi dan juga tempat awam. Selain itu, Bahagian Penguatkuasaan turut mengadakan Kursus Bimbingan Rohani (KUBRO) 5 kali setahun dan Seminar Masih Ada Yang Sayang 2 kali setahun bagi mereka yang telah ditahan tetapi kesnya tidak didakwa di Mahkamah.