Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
17) JUMLAH TANAH YANG DIKENALPASTI MENJALANKAN AKTIVITI SAMPAH HARAM DI DAERAH HULU LANGAT
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah tanah yang dikenalpasti menjalankan aktiviti sampah haram di Daerah Hulu Langat pada tahun 2022?
Pada tahun 2022, PDTHL telah merekodkan 13 lokasi yang telah dikenalpasti menjalankan aktiviti sampah haram di Daerah Hulu Langat. Daripada 13 lokasi tersebut, 8 lokasi adalah melibatkan status tanah hakmilik, 4 melibatkan status tanah kerajaan dan 1 lokasi di atas tanah milik dan tanah kerajaan masing-masing.
-
Dari jumlah itu, berapakah yang telah dikenakan tindakan Notis 7A?
Daripada 13 lokasi tapak pembuangan sampah haram,
- PDTHL telah mengeluarkan Notis 7A kepada 5/8 pemilik tanah hakmilik.
- Aktiviti pembuangan sampah haram di atas tanah kerajaan, PDTHL telah melaksanakan 4 operasi statik, bagi memantau dan mengambil tindakan untuk mengekang aktiviti pembuangan sampah haram.
Berikut adalah senarai lokasi dan status terkini aktiviti tapak sampah haram di Daerah Hulu Langat.
-
Dari jumlah itu berapakah yang telah dikenakan tindakan Notis 8A?
Setakat ini, notis 8A belum dikenakan untuk perampasan tanah berkaitan tapak sampah haram di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti.