Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
214) JUMLAH TANAH STATUS LEASEHOLD DITUKAR KEPADA FREEHOLD
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah tanah-tanah berstatus leasehold yang telah ditukar kepada freehold di Negeri Selangor?
Tiada sebarang kelulusan yang diberikan bagi penukaran hakmilik pajakan kepada hakmilik kekal.
Di bawah seksyen 76 KTN, pemberimilikan tanah kerajaan adalah satu tempoh yang tidak melebihi daripada sembilan puluh sembilan (99) tahun. Walau bagaimanapun di bawah seksyen 76(aa) (ii) dan (iii) KTN 1965, pemberimilikan tanah secara pegangan selama-lamanya boleh dilaksanakan jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa tanah itu akan digunakan untuk tujuan awam (seksyen 76(aa)(i)) dan jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa terdapat keadaan-keadaan khas yang memerlukan ia berbuat demikian (seksyen 76(aa)(iii)).
Bagi pemberimilikan dalam keadaan-keadaan khas, Kerajaan Negeri Selangor menerima pakai “Ketetapan Majlis Tanah Negara ke-64 Mengenai Pemberimilikan Tanah Dalam Keadaan-Keadaan Khas untuk pegangan kekal di bawah seksyen 76(aa)(ii) KTN 1965” melalui PekelilingKetua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (KPTG) Bilangan 1/2009.