Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
194) JUMLAH PERUNTUKAN DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN KEPADA KERAJAAN NEGRI
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan berapa jumlah yang diterima oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan mulai 2018 sehingga hari ini.
Kerajaan Negeri menerima 9 jenis Pemberian daripada Kerajaan Persekutuan yang mana 3 (tiga) daripadanya diakaunkan ke Akaun Amanah dan 6 (enam) ke Akaun Hasil Disatukan. Pemberian yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
- Pemberian Penyenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS);
- Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP);
- Pemberian Ecological Fiscal Transfer (EFT);
- Pemberian Mengikut Bilangan Orang;
- Pembiayaan Perbelanjaan Mengurus Bagi Jabatan-Jabatan Di Bawah Senarai Bersama (50%);
- Pemberian Khas Kepada Kerajaan Negeri Selangor (Kehilangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya);
- Pemberian Bayaran Perkhidmatan 10% Kerana Penglibatan Kakitangan Kerajaan Negeri Dalam Melaksanakan Projek-Projek Persekutuan;
- Pemberian Pertambahan Hasil; dan
- Pemberian Cukai Pelancongan
Jumlah peruntukan yang diterima oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan dari tahun 2018 sehingga 31 Oktober 2022 adalah berjumlah RM3.777 bilion, perincian adalah seperti jadual berikut:
Tahun Jumlah Terimaan (RM) 2018 746,050,759.87 2019 792,695,627.30 2020 808,977,545.53 2021 746,807,840.92 Sehingga 31 Oktober 2022
682,626,155.08 Jumlah (RM) 3,777,157,928.70 Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga menerima peruntukan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan terus kepada Jabatan/Agensi terlibat, pemberian yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
- Pemberian Sumbangan 50% Belanja Mengurus daripada Kerajaan Persekutuan kepada Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan (PADAT);
- Pemberian Sumbangan 50% Belanja Mengurus daripada Kerajaan Persekutuan kepada Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS); dan
- Pemberian 50% Bagi Membayar Bil Elektrik (Lampu Jalan dan Lampu Isyarat) daripada Kerajaan Persekutuan kepada 12 Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor.
Jumlah peruntukan yang diterima oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan yang disalurkan terus kepada Jabatan/Agensi terlibat dari tahun 2018 sehingga 31 Oktober 2022 adalah berjumlah RM212.289 juta, perincian adalah seperti jadual berikut:
Tahun Jumlah Terimaan (RM) 2018 42,769,548.84 2019 43,554,631.10 2020 44,439,419.33 2021 41,575,849.12 Sehingga 31 Oktober 2022
39,949,652.46 Jumlah (RM) 212,289,100.85 -
Berapakah jumlah adalah dibawah MARRIS dan berapa adalah untuk projek-projek lain bagi tahun 2022 sehingga hari ini?
Jumlah peruntukan yang diterima oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan pada tahun ini sehingga 31 Oktober 2022 adalah berjumlah RM682.626 juta. Daripada jumlah ini, sebanyak RM472.704 juta adalah Pemberian Penyenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS) dan selebihnya adalah pemberian lain.