Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
48) JUMLAH PERUNTUKAN DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN KEPADA KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jenis dan jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan Kepada Kerajaan Negeri bermula dari tahun 2018 sehingga kini.
Jumlah peruntukan yang diterima oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2018 sehingga 28 Februari 2022 adalah berjumlah 159 bilion. Perincian penerimaan peruntukan berkenaan adalah seperti di Lampiran A.
Dalam pada itu, jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan terus kepada Jabatan/Agensi terlibat bagi tahun 2018 sehingga 28 Februari 2022 adalah berjumlah RM172.339 juta. Perincian penerimaan peruntukan berkenaan adalah seperti di Lampiran B.