Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
51) JUMLAH PERNIAGAAN DAN KEDAI TEH BUBBLE YANG DI DIDAFTARKAN BAWAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan setiap jenis jenama dan jumlah kedai "Bubble Tea" yang telah didaftarkan di bawah Negeri Selangor mengikut pecahan Kerajaan Tempatan (PBT).
- Jumlah kedai “Bubble Tea” yang telah didaftarkan di bawah Negeri Selangor mengikut PBT adalah sebanyak 225 premis. Berikut adalah jenis jenama dan jumlah kedai “Bubble Tea” yang telah didaftarkan di bawah Negeri Selangor mengikut pecahan PBT masing-masing :
PBT JENAMA JUMLAH KEDAI “BUBBLE TEA” BERDAFTAR
MBSA Tealive 5 Coolblog 4 Chatime 4 Xing Fu Tang 1 Daboba 2 Tiger Sugar 2 Gong Cha 2 Cool Town 1 JUMLAH 21 MBPJ Infinitea/ Xing Fu Tang 3 Lion Boba 1 Chatime 2 Daboba 2 Tealive 8 Tiger Sugar 3 The Alley 1 The Koi 1 Royaltea 1 Coolblog 1 JUMLAH 23 MPK
Moge Tee 1 The Alley 1 Chatto 1 Tealive 10 Gongcha 1 Pin Tea 1 Xing Fu Tang 1 The Black Whale 1 Daboba 1 Royaltea 1 Coolblog 5 Tealicious 1 JLD Dragon 1 Whale Tea 1 JUMLAH 27 MPAJ Secret Recipe 4 Tealive 11 Chatime 2 Each a Cup 2 Familymart 2 Daboba 1 Cool Blog 2 JUMLAH 24 MPSJ
Craver Haven 1 Whale Tea 1 One Zo 1 Daboba 1 The Alley 3 Pin Tea 1 Xing Fu Tang 4 Tea Love Flower 1 The Black Whale 4 Tea Amo 1 The Hunter 1 Kafe Jenjudan 1 Moge Tea 1 Chatto 1 Shifen Station 1 Go Café 1 Gong Cha 3 Chawanjia Tea Bubble 1 Tealive 10 Kafe Paco 1 Heuk Hwa Dang 1 Bao Hei Tang 1 Millok The Bubble Tea 1 Family Mart 5 Ji Long Tang 1 Kafe Donutes 1 Kafe Good Day Good Time 1 Kafe 2d 1 Tiger Sugar 2 JUMLAH 51 MPS Tea Live 5 Daboba 1 Cool Blog 5 Secret Recipe 7 JUMLAH 18 MPKj Tealive 1 Cool Blog 1 The Alley 1 Chatime 1 Gong Cha 1 Xing Fu Tang 1 Each A Cup 1 Bubble Tea 1 Boba Tea House 1 Moojicha Malaysia 1 JUMLAH 10 MPSp Tealive 6 Chatime 3 Daboba 1 Xin Fu Tang 3 Cool Blog 2 Secret Recipe 7 Cofee Bean 3 Gong Cha 1 Hercaa 1 Family Mart 3 Regiustea 1 Chizu 1 JUMLAH 32 MDKL Tealive 1 Cool Blog 3 Secret Recipe 2 Family Mart 1 JUMLAH 7 MDHS Cool Blog 5 JUMLAH 5 MDKS Tealive 3 JUMLAH 3 MDSB Cool Blog 1 Tea Live 1 Secret Recipe 2 JUMLAH 4 JUMLAH BESAR 225 Nota : Sumber dari PBT
-
Kedai "Bubble Tea" yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia terutamanya penduduk bandar telah mengakibatkan pembuangan cawan minuman plastik dalam jumlah yang tinggi. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai sebarang perancangan untuk mengkaji dan melaksanakan syarat-syarat baru terhadap perniagaan jenis ini bagi memastikan kedai-kedai ini akan lebih mesra alam (environmental friendly)?
Jemaah Menteri telah meluluskan Malaysia’s Roadmap Towards Zero Single-Use Plastics, 2018 – 2030 pada 10 Oktober 2018 dan telah dilancarkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) pada 17 Oktober 2018 bertujuan menangani masalah alam sekitar khususnya berpunca dari pencemaran dari barangan plastik sekali guna bagi mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat.
Dasar ini menggariskan perancangan dan usaha kerajaan pusat ke arah sifar plastik sekali guna untuk persekitaran Malaysia yang bersih dan sihat menjelang tahun 2030. Selaras dengan dasar ini, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Kempen Bebas Plastik dan Bebas Straw Plastik di seluruh Negeri Selangor. Melalui kempen ini, para peniaga adalah dilarang untuk memberikan beg plastik kepada pelanggan secara percuma manakala straw plastik turut tidak diberikan secara automatik (‘default’) dan hanya dibekalkan atas permintaan pelanggan. Perlaksanaan dasar ini adalah selari dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna seperti beg plastik, polistirena, straw plastik dan termasuklah cawan plastik sekali guna melalui kempen-kempen yang telah dilancarkan.