Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
77) JUMLAH PERKAHWINAN DAN PENCERAIAN PASANGAN ISLAM
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah perkahwinan dan penceraian pasangan Islam di Selangor untuk tempoh 2014-2016?
Jumlah perkahwinan dan penceraian pasangan Islam di Selangor untuk tempoh 2014-2016 adalah seperti berikut:
Tahun Nikah Cerai 2014 21,694 6,895 2015 24,112 8,063 2016 22,357 8,721 -
Sebanyak mana pula perkahwinan gadis bawah umur yang telah dibenarkan oleh Mahkamah Syariah di Selangor?
Berdasarkan kepada rekod pendaftaran kes di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), jumlah Permohonan Kebenaran Nikah Bawah Umur yang didaftarkan di Negeri ini dalam tempoh 2014 – 2016 adalah sebanyak 230 kes. Daripada jumlah tersebut sebanyak 207 permohonan diluluskan oleh mahkamah, manakala yang selebihnya dibuang, ditolak atau pemohon menarik semula permohonan mereka. Data terperinci adalah seperti berikut:
Bil Status/Tahun 2014 2015 2016 Jumlah 1. Lulus Permohonan 56 85 66 207 2. Batal/Buang Permohonan 3 3 2 8 3. Tolak Permohonan 4 2 3 9 4. Tarik Balik Permohonan 5 1 0 6 Jumlah 68 91 71 230 -
Apakah usaha kerajaan untuk membantu pasangan-pasangan yang berhadapan dengan masalah untuk bercerai?
Di antara usaha yang diambil oleh JAIS bagi membantu pasangan-pasangan yang berhadapan dengan masalah untuk bercerai adalah:
- Melantik Pegawai Khidmat Nasihat dan menempatkan di seluruh Pejabat Agama Islam Daerah yang berperanan untuk:
- Menerima sebarang aduan rumahtangga ii. Memberi khidmat nasihat dan kaunseling iii. Mengenalpasti punca masalah dan perselisihan pasangan iv. Memberi bimbingan penyelesaian konflik dan jalan keluar masalah
- Membentuk Jawatankuasa Pendamai dan melaksanakan sesi pendamaian bagi pasangan yang telah mengemukakan permohonan cerai di Mahkamah Syariah dan mahkamah mendapati ada kemungkinan munasabah pasangan tersebut boleh berdamai.
- Melaksanakan operasi Pusat Khidmat Keluarga Sosial dan Komuniti yang turut merangkumi Modul Perkhidmatan Keluarga Bermasalah.
- Mendidik masyarakat melalui penganjuran program-program kekeluargaan secara holistik bermula dari kelahiran, remaja sehingga membina keluarga, antaranya:
i) Program Modul Keluarga Sakinah
- Syurga Rumahtangga “ Suamiku Inspirasiku Isteriku Bidadariku”
- Amanah dalam Rumahtangga
- Akidah Sejahtera Keluarga Terpelihara
- Zina : Maksiat Paling Keji Dilaknat Allah
- Maqasid Syariah Membawa Kebaikan Kepada Keluarga
ii) Program Pasca Perkahwinan
- Bulan Madu (bagi usia perkahwinan 0 – 5 tahun)
- Sehati Sejiwa (bagi usia perkahwinan 6 – 10 tahun)
- Semarak Kasih (bagi usia perkahwinan 11 – 20 tahun)
- Syurga Cinta (bagi usia perkahwinan 20 tahun ke atas)
iii) Program Seminar Keluarga Bahagia