Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

55) JUMLAH PELANCONGAN DARI 2007 HINGGA 2017

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah KNS dalam menangani kebanjiran pekerja asing di Selangor terutama dalam kontek peluang pekerjaan buruh dan peluang perniagaan kecil?

    Selaras dengan Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Bil. 3 Tahun 2008, Pengeluaran Permit Perniagaan Kecil Oleh Pihak Berkuasa Tempatan iaitu “permit hendaklah dikeluarkan kepada warga negara Malaysia sahaja dan pemilik permit hendaklah berada di tempat perniagaan sepanjang masa. Tindakan membatalkan permit tersebut akan diambil ke atas warga negara Malaysia yang memindah milik permit perniagaan mereka kepada warga asing atau tidak menjalankan sendiri perniagaan tersebut”, Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak membenarkan pengeluaran lesen perniagaan kepada bukan warganegara Malaysia.

  2. Apakah peranan PBT bagi memastikan perkara di atas dapat di tangani dan yang boleh dimainkan oleh PBT?

    PBT Negeri Selangor melaksanakan tindakan penguatkuasaan dibawah Undang- Undang Kecil yang sedang berkuatkuasa ke atas isu yang melibatkan pekerja asing di dalam sektor perniagaan. Di antara usaha-usaha yang dilaksanakan oleh PBT adalah seperti:

     

    • Menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Malaysia bagi memastikan tindakan penguatkuasaan lebih efektif dan efisyen;
    • Sentiasa melaksanakan tindakan pemantauan di tapak-tapak penjaja dan premis perniagaan kecil bagi memastikan peniaga mematuhi syarat-syarat pelesenan serta tidak menyerahkan perniagaan kepada pihak lain atau warga asing;
    • PBT akan menarik balik dan membatalkan lesen perniagaan yang telah diberikan sekiranya pemilik membenarkan warga asing menggunakan lesen perniagaan tersebut; dan
    • Pengambilan pembantu gerai/premis perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh

Lampiran

Tiada Lampiran.