Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

114) JUMLAH PELANCONG DAN PRODUK PELANCONGAN

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pelancong asing, tempatan yang melancong ke Negeri Selangor pada tahun 2022 dan ke Kuala Selangor?

    Untuk makluman, merujuk kepada data statistik dan prestasi kedatangan pelancong ke Negeri Selangor bagi tahun 2022 daripada Unit Statistik Tourism Selangor, adalah sebanyak 4.5 juta pelancong dengan pecahan mengikut jenis pelancong seperti berikut :

    Prestasi kedatangan pelancong keseluruhan bagi tahun tersebut mencatat peningkatan yang mengalakkan sebanyak 40.1% berbanding catatan pada tahun 2021. Jumlah kedatangan pelancong yang dicatatkan bagi daerah Kuala Selangor pada tahun 2022 adalah sebanyak 18,521 pelancong (domestik 17,619 pelancong, antarabangsa 902 pelancong). Data ini merujuk kepada laporan data statistik dan prestasi kedatangan pelancong ke Negeri Selangor bagi tahun 2022 daripada Unit Statistik Tourism Selangor.

  2. Apakah produk terbaharu pelancongan di Negeri Selangor?

    Berikut merupakan antara produk-produk terbaharu pelancongan di Negeri Selangor.

    • Taman Tema Splash Mania di Gamuda Cove
    • Taman Tema Reverine Splash di Pulau Carey Kuala Langat
    • Taman Reverine Survival Park di Pulau Carey Kuala Langat
    • Goosebumps Rope Course di Gamuda Cove
    • Taman Tema Xploria di Gamuda Gardens Rawang
    • Sungai Panjang Agro Tourism, Sungai Besar
    • Taman Tema Next Gen di 1Utama, Petaling Jaya
    • Zipline Shah Alam
    • Laluan Seni Pekan Lama Kuala Selangor
    • Taman Tema Fun X World, Summit USJ Subang Jaya
    • Saville Wonderland, Hulu Langat
    • Formula Karting, Petaling Jaya
    • Laman Seni Safari, Klang
  3. Apakah langkah Kerajaan Negeri utk menarik pelancong dari negara jiran terdekat spt Indonesia, Singapura dan Thailand?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Negeri Selangor merupakan antara destinasi pelancongan yang strategik untuk menarik bagi pasaran pelancong dari negara-negara benua ASEAN. Oleh yang demikian,Tourism Selangor telah melaksanakan pelbagai aktiviti promosi pelancongan bagi menjadikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan pilihan pasaran pelancong Negara Benua tersebut seperti penyertaan di Malaysia Healthcare EXPO 2022 (MH Expo 2022) di Jakarta, Jelajah ‘Pusing Selangor Dulu’ di Johor Bahru menyasarkan pengunjung dari Johor dan Singapura, Program Sales Mission di Singapura, Program Sales Mission di Vietnam dan Program Lawatan Kerja Hos Komuniti di Bangkok Thailand.

    Melalui misi-misi dan program promosi ini, pihak Tourism Selangor telah bekerjasama rapat bersama agensi pelancongan dalam dan luar negara serta syarikat penerbangan khusus bagi pasaran ASEAN untuk memastikan pakej pelancongan Negeri Selangor adalah yang terkini dan mengikut ‘demand’ bagi pasaran tersebut.

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor juga telah melancarkan kempen promosi pelancongan untuk pasaran antarabangsa iaitu, Kempen “Splendid Selangor, Take Me Anywhere!” yang mengutamakan penggunaan platform digital dan atas talian sebagai medium utama penyebaran maklumat serta publisiti kempen pelancongan ini.

    Fokus segmentasi pelancongan akan memberikan penekanan kepada segmen pelancongan seperti berikut:-

    • Pelancongan Eko dan Alam Semulajadi
    • Pelancongan Makanan dan Gastronomi
    • Pelancongan Cruise
    • Pelancongan Perubatan dan Kesihatan (Medical & Wellness)
    • Pelancongan Basikal

Lampiran

Tiada Lampiran.