Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
39) JUMLAH PELANCONG DAN PRODUK PELANCONGAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pelancong dalam dan luar negeri yang melancong ke Negeri Selangor pada tahun 2014?
Jumlah pelancong dalam dan luar negara yang melancong ke Negeri Selangor pada tahun 2014 sehingga bulan September adalah seperti berikut;
Tahun Pelancong Bilangan Pelancong 2014 (sehingga Dalam Negara 2,700,341 September) Luar Negara 1,940,888 Jumlah Pelancong 4,641,229 Pada tahun 2013, jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor adalah sebanyak 6,701,437. Pelancong domestik adalah sebanyak 3,576,050 dan pelancong luar negara adalah sebanyak 3,125,387.
Dijangkakan jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor pada tahun 2014 dijangka akan terus meningkat sehingga hujung tahun kerana Kempen Tahun Malaysia 2014 masih giat dijalankan dan cuti persekolah semakin hampir. Selain itu juga, program promosi yang telah dijalankan membantu meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor. Tambahan pula, Negeri Selangor merupakan pintu masuk ke Malaysia dan menyebabkan peningkatan jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor.
- Produk pelancongan merupakan elemen terpenting dalam menentukan kehadiran pelancong ke sesuatu destinasi. Ianya boleh dikategorikan sebagai produk semulajadi dan buatan manusia. Terdapat banyak produk baru yang terdapat di Negeri Selangor, yang diwujudkan bagi menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke negeri ini. Antaranya ialah:
Bil Produk Kategori PBT/ Daerah 1. Mitsui Premium Outlet Factory/ Premium MPSp/ Sepang Outlet 2. Ideal Convention Center Pusat MBSA/ Petaling Konvensyen 3. Midlands Convention Center Pusat MBSA/ Petaling Konvensyen 4. The Strand Pusat Membeli- MBPJ/ Petaling belah 5. Paradigm mall Pusat Membeli- MBPJ/ Petaling belah 6. One City Pusat Membeli- MPSJ/ Petaling belah/ Hotel 7. Setia Walk Pusat Membeli- MPSJ/ Petaling belah 8. KLIA 2 Lapangan MPSp/ Sepang Terbang/ Pusat Membeli-belah 9. Amverton Cove Golf & Island Golf/ Hotel MDKL/ Kuala Resort Langat 10. Royal Klang Heritage Walk Warisan MPK/ Klang 11. Istana Alam Shah Warisan MPK/ Klang 12. Chocolate Museum Muzium/ MBPJ/ Petaling Makanan 13. Damansara Performing Arts Seni MBPJ/ Petaling Center (DPAC) Persembahan 14. Dusun Garden Fairies Eko/ Penginapan MPKj/ Hulu Langat 15. Fish Valley Semenyih Eko/ Sukan MPKj/ Hulu Lasak/ Makanan Langat Bil Produk Kategori PBT/ Daerah 16. Paradise Valley Eko/ Latihan/ MPKj/ Hulu Sukan Lasak Langat 17. Klang River Cruise Eko/ Agro MPK/ Klang 18. ATV Ezzy Ride Sukan Lasak MBSA/ Klang 19. Perkampungan Orang Asli Warisan/ Eko MPSJ/ Hulu Suku Temuan Langat 20. Bandar Warisan Batu Arang Warisan MPS/ Gombak -
Apakah tarikan terbaru pelancongan yang di rancang di Selangor?