Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

137) JUMLAH PELABURAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pelaburan yang telah berjaya dilaburkan dari luar negeri.

    Bagi tempoh Januari hingga September 2024 sebanyak 1,371 projek pelaburan telah diluluskan di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 66.75 bilion. Daripada jumlah ini, sebanyak 21.19 bilion melibatkan modal pelaburan asing.

     

    Sumber : Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) (Various economic Sector)

  2. Nyatakan sektor-sektor pelaburan.

    Antara sektor – sektor pelaburan yang direkodkan seperti berikut;-

    Sektor Jan-Sept, 2024
    Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM billion) Pelaburan Asing (RM billion) Modal Pelaburan (RM billion)
    Primary 2 38 38,674,590 0 38,674,590
    Pembuatan 253 15,035 5,875,978,677 9,168,581,232 15,044,559,908
    Perkhidmatan 1,116 35,149 39,647,090,589 12,023,751,532 51,670,842,121
    Jumlah 1,371 50,222 45,561,743,856 21,192,332,763 66,754,076,619

    Sumber : Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

  3. Nyatakan negara yang telah melabur mengikut jumlah pelaburan dan peratusan.

    Negara yang telah melabur mengikut jumlah dan peratusan seperti berikut;-

Lampiran

Tiada Lampiran.