Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

141) JUMLAH PELABURAN ASING KE SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah pelaburan asing dan tempatan ke Negeri Selangor sehingga Disember 2010. Sila berikan butiran menurut daerah

    1. Jumlah pelaburan asing dan tempatan ke Negeri Selangor sehingga Disember 2010 mengikut daerah adalah seperti berikut;-

     

     

    Daerah

     

    Projek

     

    Pekerjaan

    Pelaburan

    Tempatan (RM)

    Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal

    Pelaburan (RM)

    Petaling 128 11,094 1,694,589,790 2,691,790,456 4,386,380,246
    Klang 81 6,724 1,266,665,285 1,871,280,645 3,137,945,930
    Kuala Selangor 14 1,989 433,806,460 34,126,714 467,933,174
    Hulu Langat 33 1,625 313,766,429 135,994,817 449,761,246
    Gombak 28 1,619 278,234,722 43,569,259 321,803,981
    Kuala Langat 19 1,255 269,903,912 194,961,610 464,865,522
    Hulu Selangor 4 161 42,760,548 2,194,452 44,955,000
    Sepang 8 1,884 551,324,000 0 551,324,000
    Sabak Bernam 1 103 4,793,407 845,895 5,639,302
    Lain-Lain Kawasan 9 1,411 639,142,000 172,085,000 811,227,000
    Jumlah 325 27,865 5,494,986,553 5,146,848,848 10,641,835,401

    Sumber : MIDA

  2. Apakah langkah-langkah yang di ambil untuk menarik lebih banyak pelaburan asing dan tempatan ke Negeri Selangor ?

    1. Inisiatif dan galakan Negeri Selangor dalam usaha meningkatkan peratusan PSS adalah seperti berikut;-

     

    1. Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur

     

     

     

     

    1. Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di Selangor.

     

    • Menyelenggara dan menaiktaraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan kawasan perindustrian yang selesa seperti Selangor Science

     

    1. Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak

     

    1. Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil Layak menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain  kelulusan  yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One stop Centre (OSC) yang ditubuhkan di setiap

     

    1. Penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Peringkat Negeri dan Daerah bagi memantau perlaksanaan projek-projek pelaburan serta mempromosikan peluang-peluang pelaburan di setiap

     

    • Penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap kawasan perindustrian yang ada di setiap Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri

     

    • Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa

     

    1. Penambahbaikan fungsi Pusat Pelaburan Negeri bagi memantapkan keupayaan dalam memberi perkhidmatan bagi mempromosikan pelaburan dan membantu para

     

    1. Pemantauan yang lebih kerap terhadap projek-projek pelaburan yang sedang dilaksanakan.

     

    1. Penganjuran dan penyertaan dalam misi-misi penggalakan pelaburan ke luar negara.

     

    • Bekerjasama dengan pihak swasta dan badan-badan perniagaan bagi menarik pelaburan dari luar

     

    • Meningkatkan program pertemuan dan dialog bersama industri bagi mengenal pasti isu/permasalahan yang dihadapi bagi mencari jalan penyelesaian agar  pihak industri selesa terus beroperasi di Negeri

     

    • Penubuhan jawatankuasa PEMUDAH Negeri Selangor bagi menambahbaikkan sistem penyampaian di Negeri

     

    1. Penubuhan Unit Pelaburan di peringkat Pihak Berkuasa

     

Lampiran

Tiada Lampiran.