Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

122) JUMLAH KUTIPAN CUKAI PINTU MPK

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah Jumlah kutipan cukai pintu di kawasan PBT MPK, jumlah tidak membayar?

    Jumlah kutipan cukai taksiran di kawasan PBT MPK setakat 31 Mei 2011 adalah sebanyak RM74,429,612.82, manakala jumlah tidak membayar (tunggakan cukai taksiran) setakat 31 Mei 2011 adalah sebanyak RM 47,331,753.12

  2. Apakah tindakan dan kempen bagi meningkatkan hasil kerajaan terutamanya di MPK?

    PELAN TINDAKAN UNTUK MENGUTIP TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN

    Bagi mengutip tunggakan cukai taksiran, beberapa pelan tindakan telah diambil oleh Majlis sebagai langkah mengoptimumkan kutipan tunggakan cukai taksiran.

    • Kempen Perkhidmatan Kaunter di Kawasan perumahan pada hari Sabtu dan Ahad
    • Kempen Perkhidmatan Kaunter di Pasaraya
    • Penguatkuasaan operasi sita
    • Usaha-usaha promosi kesedaran kepentingan membayar Cukai melalui media dan laman Web
    • Kemudahan membayar ansuran dan ’post-dated cheque’ 6 Tindakan mahkamah

    7           Perbincangan dengan pembayar cukai secara bersemuka.

Lampiran

Tiada Lampiran.