Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
106) JUMLAH KOS BAGI PENYELENGGARAAN DAN PENUKARAN PAIP PADA 13HB OKT 2021
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan Jumlah kos yang telah diperuntukkan untuk penyelenggaraan dan Penukaran Paip pada 13hb Okt 2021.
Pada 13 Oktober 2021, Air Selangor telah melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan asset-aset kritikal secara berjadual di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1). Kerja – kerja ini memberi manfaat serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada 3,585,434 pengguna dari 6 wilayah di Kuala Lumpur dan Selangor melibatkan 998 kawasan. Sejumlah RM1.4 juta telah diperuntukkan bagi kerja-kerja tersebut antara lain melibatkan sekali penyelenggaraan dan penukaran paip.