Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
76) Jumlah Kes COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kes Covid-19 yang direkodkan setakat ini bagi Negeri Selangor?
Sehingga 18.10.2020 sebanyak 3250 kes Covid-19 telah direkodkan di Negeri Selangor.
-
Apakah kawasan tertinggi jumlah kes tersebut?
Kawasan tertinggi yang merekodkan jumlah kes covid-19 adalah mukim Sungai Buloh di Daerah Petaling.
-
Adakah ia berkait dengan kluster-kluster yang datang dari luar Negeri Selangor?
Sebanyak 10% (320 kes) daripada keseluruhan kes di Negeri Selangor adalah berkaitan dengan kluster dari luar negeri Selangor.