Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

274) JUMLAH KELUAR MASUK LORI KUARI DI HULU LANGAT

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berdasarkan rekod maklumat sistem e-docket, berapakah jumlah keluar masuk lori bagi kuari di kawasan Hulu Langat?

  2. Adakah jumlah itu sesuai dan selamat bagi kapasiti Jalan Hulu Langat (FT3210)?

    Struktur pavement jalan direkabentuk bagi menampung beban trafik untuk tempoh jangka hayat selama 10 hingga 20 tahun. Namun, ia perlu disenggara dari semasa ke semasa dalam tempoh jangka hayat itu. Selain penyelenggaraan secara rutin seperti menampal lubang pada permukaan jalan, jaringan jalan raya ini juga perlu dibuat penyelenggaraan secara berkala seperti menurap semula permukaan jalan.

    Terdapat pelbagai teknik yang diamalkan bagi membaikpulih kerosakan jalan, bergantung pada jenis dan tahap kerosakan. Kaedah penurapan secara ‘overlay dan mill & Pave’ digunapakai bagi membaharui permukaan jalan jika kerosakan hanya melibatkan lapisan turapansahaj (kerosakan fungsi), manakala kaedah pembaikan secara ‘cold in – place recycling’ bagi meningkatkan kekuatan lapisan asas (road base) dilaksanakan ke atas jalan yang mengalami kerosakan struktur.

    Bagi kerosakan jalan yang melibatkan tindakan pembaikan yang rumit atau memerlukan kajian lanjut, tempoh masa pembaikan adalah tertakluk pada tahap kerosakan dan kos peruntukan semasa. Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut juga akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keutamaan setiap tahun.

    Berdasarkan kepada Road Traffic Volume Malaysia (RTVM) edisi 2019 diterbitkan Kementerian Kerja Raya Malaysia, Jalan Industri Hulu Langat (FT3210) telah mencapai tahap tepu LOS F dimana jumlah kenderaan yang melalui jalan tersebut adalah sebanyak 30,097 kenderaan/sehari. Jumlah kenderaan berat yang melalui jalan tersebut adalah sebanyak 11.3% (3,400.961 kenderaan/sehari) jenis lori (medium & heavy lorries) melaui jalan tersebut.

    Walaupun kerja-kerja penyelenggaraan jalan secara rutin dan berkala dilaksakana, tanpa kawalan dan perlaksanaan kepatuhan terhadap kenderaan berat terutama melebihi muatan yang ditetapkan, ianya akan menjejaskan kapasiti struktur pavemen dan akan memendekkan tempoh jangka hayat jalan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.