Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
227) JUMLAH DANA PENDIDIKAN YANG DILABURKAN DI SG BURONG DALAM TIGA TAHUN TERAKHIR SEPERTI DI SRA/KAFA/SRAI DAN LAIN-LAIN JENIS
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah dana yang telah dilaburkan oleh Kerajaan Negeri dalam pembangunan pendidikan di Sungai Burong dalam tempoh tiga tahun terakhir seperti di SRA/SRAI/KAFA dan lain-lain jenis?
Mengikut rekod, pada tahun 2022, JAIS telah melaksanakan kerja-kerja baik pulih kerosakan akibat ribut di Sekolah Rendah Agama Batu 12, Sungai Burong sebanyak RM17,874.00. Bantuan peruntukan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dari tahun 2022 hingga 2024 bagi 14 buah sekolah di Sungai Burong berjumlah RM1,961,900.00.