Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

224) JUMLAH BANTUAN KEBAJIKAN KEPADA PENDUDUK MISKIN DAN BERPENDAPATAN RENDAH MELALUI PROGRAM ILTIZAM SELANGOR DI KAWASAN SG BURONG SEPANJANG 2023

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah bantuan kebajikan yang telah diagihkan kepada penduduk miskin dan berpendapatan rendah di kawasan Sungai Burong sepanjang tahun 2023 menerusi Program Iltizam Selangor? Mohon senaraikan bantuan Kebajikan yang telah diagihkan.

    Untuk makluman ahli Yang Berhormat Sungai Burong Kerajaan Negeri sentiasa peka terhadap golongan miskin atau B40 dalam usaha untuk membantu golongan kurang berkemampuan dan majoritinya adalah daripada keluarga yang berpendapatan di bawah RM3,000.00 sebulan. Menerusi program Iltizam Selangor Penyayang (ISP), rakyat Selangor yang berkelayakan berpeluang menikmati beberapa inisiatif yang telah disediakan bagi memenuhi keperluan asas dan peningkatan kualiti hidup dalam menjalani kehidupan yang sejahtera disamping menikmati hasil kekayaan Negeri Selangor.

    Senarai bantuan kebajikan melalui program ISP yang telah disediakan dan dimanfaatkan oleh penduduk miskin dan berpendapatan rendah di kawasan Sungai Burong rakyat Selangor pada tahun 2023 adalah seperti berikut :-

    BIL NAMA PROGRAM PERBELANJAAN (RM) BIL PENERIMA (ORANG)
    1 Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) RM1,213,200 337
    2 Skim Air Darul Ehsan (SADE) Tiada datang direkodkan mengikut DUN
    3 Jom Shopping Perayaan RM269,800.00 1,349
    4 Inisiatif Roda Darul Ehsan (RIDE) Permohonan terbuka kepada seluruh lapisan rakyat Selangor
    5 Dana Bantuan Guaman Selangor
    6 Skim Mesra 2,133 orang

    (Jom Shopping)

    7 Pusat Kehidupan Berdikari (Independent Living Support Center – ILSC) Permohonan terbuka kepada golongan istimewa dan rakyat Selangor
    8 Selangor Mobility Manfaat diberikan kepada seluruh lapisan rakyat Selangor
    9 Pengecualian Cukai Pintu Permohonan secara terus dari Pihak Berkuasa Tempatan
    10 Pengecualian Fi Lesen Penjaja
    11 Jelajah Ehsan Rahmah Madani (JER) Manfaat diberikan kepada seluruh lapisan rakyat Selangor
    12 Iltizam Selangor Sihat  45,396 516
    13 Skim Rawatan Jantung Permohonan terbuka kepada seluruh lapisan rakyat Selangor
    14 Rawatan Tuberculosis (Tibi)
    15 Bantuan Sihat Selangor  24,000 12
    16 Pemeriksaan Kesihatan Mata Permohonan terbuka kepada seluruh lapisan rakyat Selangor
    17 Skim Kesihatan Wanita Selangor (MAMMOSEL)
    18 Anak Selangor Anak Sihat (Nutrisi Makanan Kanak-Kanak)
    19 Selangor Mental Sihat (SEHAT)
    20 Saring Selangor
    21 Ujian Saringan Selangor Kanser (SELCAN)
    22 Skim Insurans Am Selangor (INSAN)
    23 Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)  RM131,574.00 18 sekolah (3,780 pelajar)
    24 Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor RM293,000.00 11 Sekolah (2,435 Pelajar)
    25 Peduli Siswa RM19,422,065.91 3,934
    26 Iltizam Mahasiswa Selangor (HPIPT) RM3,000,000.00 3,000
    27 Bantuan Yuran Asas Universiti Permohonan terbuka kepada seluruh lapisan rakyat Selangor
    28 Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS)
    29 Iltizam Pendidikan Fardu Ain Terbuka kepada sekolah KAFA
    30 Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS) Terbuka kepada semua pelajar dari keluarga berpendapatan RM8,000 ke bawah
    31 Skim Selangorku To Ownership atau dikenali S2-Own (Iltizam Peneroka Bandar) RM3,277,298.00 249
    32 Skim Rumah Selangorku Tiada 10,284 unit
    33 Skim Ceria RM5,777,608.14 18 Skim Pangsapuri
    34 Insurans Pangsapuri Kos Rendah Tiada proses permohonan
    35 Skim Smart Sewa RM28,182,038.70 230 unit rumah
    36 Skim 2STAY Tiada Tiada
    37 Program Bina Baru Dan Baikpulih Rumah Kerajaan Prihatin RM510,000.00 6 (bina baharu)
    38 Skim Hijrah Selangor Pembiayaan kepada usahawan
    39 Dana Usahawan Madani Selangor RM159,800.00 8
    40 Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (ISEED) RM108,450.00 20
    41 Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri RM187,240.00 23
    42 Iltizam Anak Istimewa Selangor (ANIS) RM16,484.00 7
    43 Iltizam Anak Selangor (ANAS) RM19,800.00 198
    44 Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) RM900.00 9
    45 Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) RM2,300.00 46
    46 Iltizam Penjagaan Dan Pendidikan Kanak-Kanak (IMPAK) Selangor Program belum dilaksanakan

     

    (Sumber diperolehi dari agensi pelaksana program Iltizam Selangor Penyayang (ISP))

Lampiran

Tiada Lampiran.