Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

247) JUMLAH BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) BAGI OKU DI BAWAH SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi OKU di bawah Kerajaan Selangor mengikut pecahan DUN

    Berdasarkan sumber maklumat yang diperoleh daripada pihak Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor sebanyak 217 Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi Orang Kurang Upaya(OKU) di bawah Negeri Selangor direkodkan. Senarai Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi OKU di Negeri Selangor adalah seperti di Lampiran A.

  2. Sila senaraikan nama-nama NGO tersebut yang ada di bawah DUN Bandar Utama berserta maklumat perhubungan, sekiranya ada

    Berdasarkan sumber maklumat yang diperoleh daripada pihak Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor sebanyak 4 Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah DUN Bandar Utama yang direkodkan. Senarai Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi OKU di bawah DUN Bandar Utama adalah seperti berikut:

    BIL NAMA PERTUBUHAN ALAMAT NO. TEL
    1 Persatuan Penjagaan OKU Kg. Chempaka No.38-2b, Jalan PJU 1/3b, Sunway Mas Commercial Centre 03-78809051
    2 Persatuan Kebajikan Permata Istimewa Gem & Bread Kuala Lumpur Dan Selangor. (Gem & Bread Special Needs Support Group Kuala Lumpur And Selangor) No.71, Jalan SS 21/3, Damansara Utama, Petaling Jaya 03-77338896
    3 Persatuan Kebajikan Ceriajaya Kuala Lumpur Dan Selangor (We Care Journey) 2 Jalan SS 22/30 Damansara Jaya,Petaling Jaya 03-77336883
    4 Persatuan Kebajikan Anugerah Kehidupan, Petaling Jaya, Selangor (Gift of Life Society) 13a-2, Jalan PJU 1/39, Block D2, Dataran Prima,Petaling Jaya 012-2020998