Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

250) JUMLAH AIR YANG TIDAK BERHASIL DITANGGUNG AIR SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah air yang tidak berhasil yang terpaksa ditanggung oleh Air Selangor? Apakah usaha untuk mengatasinya?

    Jumlah air tidak terhasil (NRW) yang ditanggung oleh Air Selangor pada tahun 2021 adalah sebanyak 509.1 juta meter padu (m3) atau 28% daripada jumlah keseluruhan ‘System Input Volume’ (SIV). Pencapaian NRW Air Selangor sejak tahun 2019 sehingga 2021 telah menunjukkan penurunan yang memberangsangkan.

     

    • Bagi tahun 2019, sasaran SPAN ke atas Air Selangor bagi NW adalah 31.2%. Air Selangor telah melebihi sasaran penurunan pada kadar 29.7 %.

     

    • Bagi tahun 2020, sasaran SPAN ke atas Air Selangor bagi NRW adalah 30.2%. Air Selangor telah melebihi sasaran penurunan pada kadar 28.5%.

     

    • Bagi tahun 2021 pula, sasaran SPAN ke atas Air Selangor bagi NRW adalah 28.0%. Air Selangor telah mencapai sasaran penurunan dengan catatan 28.0%.

     

    Antara usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Air Selangor untuk menurunkan kadar NRW adalah mengesan dan membaiki kebocoran pada paip utama dan paip komunikasi, menggantikan paip utama dan paip komunikasi lama yang kritikal, menggantikan meter air yang rosak dan berusia yang tidak dapat merekodkan penggunaan air dengan tepat (degraded meters) serta melaksanakan pembentukan kawasan imbangan air (water balance area), zon pengurusan tekanan air (water pressure management zone) dan zon pemeteran daerah (district metering zone).

Lampiran

Tiada Lampiran.