Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

106) JUDI HARAM

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah pusat judi haram yang ada di Kota Damansara?

    Hasil siasatan yang dijalankan mendapati tiada premis yang menjalankan aktiviti pusat
    judi haram di Kota Damansara. Walau bagaimanapun terdapat sebanyak 22 premis
    Pusat Siber Kafe dan Kafe Siber di Kota Damansara yang tidak mempunyai lesen
    daripada pihak Majlis.

  2. Apakah tindakan yang sudah diambil?

    Pihak Majlis telah menjalankan operasi di Pusat Siber Kafe dan Kafe Siber di Kota
    Damansara yang turut melibatkan pihak Polis Di Raja Malaysia di dalam menangani
    masalah Pusat Siber Kafe dan Kafe Siber yang dipercayai mempunyai unsur perjudian.
    Tindakan di buat di bawah Undang – undang Kecil 28 (1) Undang – undang Kecil Pusat
    Siber dan Kafe Siber (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2007 di mana sebanyak 5
    kompaun dan 23 tindakan sitaan telah diambil di bawah undang – undang kecil yang
    sama dan sebanyak 325 CPU dan 383 monitor juga turut dirampas. Manakala 2 lelaki
    dan 2 wanita telah ditahan untuk siasatan lanjut.
    Bagi tempoh yang sama sebanyak 348 operasi telah dijalankan di seluruh Petaling Jaya,
    manakala 9 operasi daripada jumlah tersebut turut melibatkan pihak Polis Di Raja
    Malaysia Bagi tempoh yang sama. Sebanyak 177 kompaun di bawah Undang – undang
    Kecil 3 Undang – Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (Majlis Bandaraya Petaling
    Jaya) 2007 dan 273 tindakan sitaan juga turut diambil di bawah Undang-undang Kecil
    28 (1) Undang-undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (Majlis Bandaraya Petaling
    Jaya) 2007 dan sebanyak 3,094 monitor dan 2,767 CPU telah dirampas. Manakala 18
    lelaki dan 4 wanita telah ditahan untuk siasatan lanjut. Daripada jumlah tersebut pihak
    Majlis telah berjaya menutup 92 buah premis Pusat Siber Kafe dan Kafe Siber yang
    menjalankan perniagaan tanpa lesen hasil daripada serbuan yang dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.